Assalamualaikum..
Hari ini sekolah telah mengadakan raptai perbarisan
untuk sukan olahraga yang akan berlangsung minggu depan.
Setiap rumah sedang membuat persiapan akhir untuk
atlit2 dan rumah masing2..
Kebetulan juga kami, guru2 rumah Merah/Tun Tuah
telah berbincang untuk persiapan perbarisan dan juga
maskot rumah kami.
Kami bersetuju untuk memilih Ladybird sebagai maskot
rumah merah.
Ermm..tiba2 teringin pulak nak tau lebih lanjut tentang Ladybird.
- Ladybird ialah sejenis kumbang dan dikenali dengan pelbagai nama seperti ladybug (North America), ladybird beetles (Eropah) dan lady beetles.Terdapat lebihkurang 5000 jenis spesis ladybird di seluruh dunia.
- Ladybirds disifatkan sebagai kawan kepada manusia atau petani kerana mereka memakan serangga perosak yang memakan hasil tanaman dan Mereka makan serangga seperti aphids(greenfly), serangga bersisik dan mites. Sesetengah spesis ladybird hidup dengan memakan tumbuh-tumbuhan.
- Ladybird dewasa berbentuk oval seperti kubah, dan berwarna terang seperti merah, jingga atau kuning dan berbintik hitam.
- Warna yang terang ini merupakan amaran kepada pemangsa yang ladybirds tidak mempunyai rasa yang enak malah agak beracun sekiranya dimakan.
- Ladybird akan mengeluarkan cecair yang berbau busuk daripada sendi kaki mereka sebagai tanda amaran kepada burung2 dan binatang yang cuba memakan mereka.
- Antara fakta yang menarik tentang ladybird ialah, bilangan bintik-bintik hitam di badan mereka tiada kaitan lansung dengan umur mereka.
- Ladybird mempunyai jangkahayat selama lebih kurang setahun.
Sumber: UK ladybird survey
18 comments:
waalaikumusalam
Ladybird tu bau busuk...
@delarocha: :)
@Ayuni: tau..tapi comey.
Ske tgk lady bird..:-)
cepatnya dahbuat sukan...kami di JB diarahkan buat bulan 6?????kelakar je tahun nie...
mesti meriah maskot rumah merah nie...
dulu aku suke main ladybird ni.. pastu kaler die melekat kat tgn..
kaknor... fda giler ngan ladybug... sampai arini fda ada patong ladybug... tabung pon ladybug.. baju newborn munirah pon ladybug... semua nak ladybug...
@shafiq:suka jugak..cantik
@cikgu CTE: ye..memang biasa buat awal..Feb. TQ.
@Heidi: oh yer??
@fda:Wah! memang minat betol la ni..
ciknor~~~~~cutenya ladybirds tuh...alahai..
erkk tengok pon dah tak suke..hehe
@Princess: hehe..
@Siti:haha..tang mana tak suka tu? rupa ek?
salam
ladybirds yang comel ni pyh nak jumpa la..
;; teringat zaman pembarisan kat sekolah dolu3.huhu;;
kak nor tiba2 teringat seluar ladylike hehe... dulu ms sekolah dpt seluar ladylike tu dah happy sesangat sebab seluar tu mahal huhu...
@sissyira:Betul sis..tak penah jumpa pun
@hanis:a'ah betul tu, seluar ladylike kan mahal
betullah hanis.. teringat pula seluar ladylike tu.. tp saya suka sgt tgk ladybird yg cantik tu.. selalu leka jadinya..
wahhh, infoi yang menarik. ladybird ni jadi permainan saya masa kecik2 dulu.. comel... ngee~
oo..ladybird tu makan anai2 dlm tanah tu ker? kna cari ni...
teringt lak cite kartun BugLife x silap..yg ada watak 'Mr.Ladybird'..klaka btol...Ladybird tu jantan, tp coz ada nama 'lady' depan ingt betina lak..
@Mr Ix: sori silap ler..bukan anai2..mites sejenis parasit spt kutu atau tungau yg hidup pada tumbuhan..Ya Buglife..cite kartun tu..cute.
Post a Comment