Assalamualaikum..
Semuga kalian semua sihat dan ceria di petang sabtu ini.
Sebenarnya dari pagi sampai tengahari
tadi saya bertungkus lumus
menanda kertas peperiksaan TOV
pelajar saya yang telah seminggu berlalu.
Walaupun tak siap lagi, namun dapat juga
saya menyiapkan 3 bundles untuk 2 kelas.
Tinggal 1 kelas lagi.
Harap2 malam ni boleh siap.
Errr... agak2 boleh ker???
Tapi geram juga bila baca karangan mereka
dengan tulisan yang
menyakitkan mata.
Kecil sungguh lorr!! susah nak baca!
Bukan saja tulisannya kecil, dakwat ballpen pulak
warna biru muda yang benar2 menambahkan
lagi penderitaan mataku ini.
Dah lah mata rabun, pakai spek pun tak bape nak nampak,
menunjukkan betapa kecilnya tulisan mereka.
Agaknya nak kena dapatkan
bantuan "magnifying glass" ker??
Sebab tu malam tadi selepas berkerut2 nak
pastikan apa yang mereka tulis,
saya terus give up dan
TIDOOOO!
Besok nak kena bagitau tulis biar besor2
kalo tak potong markah!
Bukan apa nanti kan bila exam betol
kena pulak pemeriksa tu tengah mood
semacam, ditambah pulak bila
tengok tulisan ciput macam jentik2
terus mood bertempiaran lari.
Kalo agak2 nak dapat B terus dapat D
tak ker niaya tu??
Siapa yang rugi??
Mereka dan keluarga mereka juga!
betul ker??
6 comments:
hikhik, bdk2... skang nie pun lecturer asyik membebel tulisan buruk, nasib baiklh smua assignment guna printer...
xpe lah kak...lau kak da letih..post je kat saya..konfim semua student kak tu...dpt average..b...ahahahaha...
@Ayuni:Ada jugak tulisan cantik tapi haluuuusss gitu..siksa!
@akmall:Ok nanti akak post..average B? Ok sgtla dari D o C.
Sabarla akak..:-)
@Shafiq: sabarla ni huhuhu..
ni masalah sama biler menanda kertas karangan. fda pon salu angin2 biler tiba bab nak menanda karangan. esei sejarah lagilah. mesti tiarap muka kat bantal. salu pesan kat students... jaga tulisan!!! KANG BILER PEMERIKSA PEPERIKSAAAN yang menanda, tak faham, dorang tong sampahkan jerk, bebudak tu gak yang fail! ishhh...
Post a Comment