Assalamualaikum dan salam sejahtera
Oh! hari ini merupakan hari yang agak meletihkan..
banyak urusan yang perlu dibereskan
di minggu akhir menjelang peperiksaan SPM
dan juga cuti akhir tahun.
Hari ini juga saya mengambil peluang
bertemu pelajar , biasalah pelajar bila dah saat-saat akhir
untuk menghadapi peperiksaan, mereka mula gelabah.
Bagi menenangkan mereka, kita sedaya upaya memberi
semangat kepada mereka bahawa mereka boleh buat
seperti mana peperiksaan yang pernah mereka hadapi sebelum ini.
Petang tadi pulak, suami minta tolong masak mihun dan goreng
keropok untuk jamuan selepas
mesyuarat malam ini untuk 25 orang makan..
jadi pukul 5.00 petang tadi saya berada di dapur
menyiapkan mee goreng untuk anak2 dan juga mihun tersebut.
Sambil buat kerja sempat la jeling-jeling kat TV tengok
perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Kemboja tadi.
Tu la pasal tak sempat buat entri pasal
perlawanan tersebut (konon nak jadi pengulas
sukan tak bertauliah!)
Semalam saya menghadiri 2 jemputan kenduri
kahwin, pergi pun dah petang, hujan lebat pulak tu.
Sebelum tu saya sempat masak nasi lemak
untuk breakfast, brunch dan lunch
cuma tak sampai untuk dinner sebab
menjelang maghrib nasi dah licin.
Nasi lemak sambal bilis, kentang goreng, ayam goreng sos jalapeno cheese
dan telur rebus.
Sekarang saya betul-betul penat!
Nak rehat jap..esok kena pergi sekolah
awal sedikit sebab anak juga menduduki SPM
dan saya nak jumpa pelajar
sebelum mereka memasuki dewan peperiksaan.
10 comments:
adik sye pun amik spm....tgk berdebar....
sedap nasi lemak tu nampaknya. hehehe.
good luck utk adik2 yang amik spm.
esok plak saya yang nak jaga exam.. saya pun berdebar2 gak ni.. ehehehe.. semoga berjaya buat adik2 semua...
terliur tgk nasi lemak akak, dahla perut lapar nih, hihihi
smg semua pelajar SPM dapat jwb exam dgn cemerlang :)
nmpk sedap nasi lemak akak.. itu yg cepat habis tu.. selamt berjaya utk semua calon2 SPM hari ini termasuk anak akak dan anak2 murid akak.. semoga kejayaan cemerlang menjadi milik mereka..
sedapnyer nasi lemak....
gud luck pada semua spm candidates...
sedapnya nasi lemak akak tu...terliur tau...
kita doakan mereka dipermudahkan...
nasi lemak tu kan kemain besar lagi gambar yer...lansung jadi lapar..erkk..hehe
wah...kalau nasi lemak mcm tu ada kat depan mata....perhhhhh....best...;d.../yang bik SPM tu good luck..;d
goodluck untuk semua pelajar...
wahh masak utk 25 org pengsan, hanis reti masak utk 2 org je hehe...
uwaaa nak jugak nasi lemak sedap tu wuwuwu...
Post a Comment