November 15, 2011

TeRKiNI :BaDMinToN BeRPaSuKaN LeLaKi AkHiR SuKaN SEA 2011 InDoNeSiA

Asssalamualaikum..

Kepada sesiapa yang ada sakit jantung tak patut tengok perlawanan bergu antara Malaysia dan Indonesia tadi sebabnya, saya sendiri yang takde penyakit ni pun berdebar macam nak putus jantung. Tak senang duduk dibuatnya sewaktu menyaksikan perlawanan tadi apatah lagi setelah menyaksikan gelagat melampau yang ditunjukkan oleh penyokong/penonton Indonesia. Geram sungguh! 

Namun pasangan baru bergu negara Lim Khim Wah dan Goh Wei Shem layak diberi pujian kerana kekentalan mental mereka mampu menahan asakan jerit pekik/ejekan penyokong Indonesia seterusnya berjaya menumpaskan pasangan Indonesia yang berada di ranking ke 6 dunia dengan  kemenangan  21-18,15-21,25-23 . Sekurang-kurangnya semangat juang dan kemenangan mereka telah membuatkan penyokong Indonesia terdiam sebentar.

Dengan kemenangan dalan game ke dua tadi sedikit sebanyak telah menaikkan semangat pasukan negara setelah  Liew Darren kalah kepada Simon Santoso dalam perseorangan pertama dengan mata 20-22, 21-12 .

Namun begitu, kemenangan  straight set Tommy Sugianto ke atas Mohd Arif Latif  dalam game yang ke tiga telah meletakkan Indonesia di depan dengan kedudukan 2-I.  Mungkinkah Malaysia masih ada harapan untuk mendapatkan pingat emas dalam acara badminton ini? Atau, kita bakal keciwa lagi??? Rasanya..macam tu la..

5 comments:

KizZ said...

Of course ada harapan lagi..selagi ada peluang..sedikit mana pun peluang..tetap akan ada harapan..go go Malaysia!

Tinta Emas said...

saya memang cuak dan takut untuk melihat apa-apa sahaja perlawanan malaysia dgn negara apa pun...biarlah saya tahu keputusannya sahaja keesokkan harinya...

ewanthology said...

tak tgk... apa kesudahannya?

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

kita kena bg support kt depa..

MALAYSIA BOLEH!!!! :)

whitecappuccino said...

@delarocha: kalah 1-3, pingat perak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...