Apa khabar hari ni? Agaknya ramai juga teman2 yang buat korban yer? Alhamdulillah..
Tahun ni tak buat korban dan paling dahsyat kelmarin tak sempat sedia apa2 pun gara2 saya dan suami pergi baiki air-cond kereta yang tak berfungsi. Keluar rumah lepas zohor tapi sampai rumah dah maghrib..mana nak sempat beli keperluan untuk buat juadah pagi raya.
Walaupun tak sempat buat apa2 pagi tadi mak bagi ketupat dan nasi impit sambal ikan. Lepas tu pergi rumah MIL, makan nasi minyak dengan kerutuk ayam. Ada juga nasi impit kuah kacang. MIL ambil satu bahagian ,jadi saya tolong masak di rumahnya. Kami buat Singgang, Kerutuk Daging dan Goreng Daging campur hati dan limpa. Siap masak dalam pukul 2.30 petang.
Balik rumah dah hampir 4.30 petang, mata mengantuk bukan main tapi teringat ada satu jemputan makan rumah sedara. Selesai di rumah sedara dah maghrib. Terus balik rumah.. Seronoknya landing atas katil!!
Tengah landing tu teringat pulak buah yang mak bagi tadi...nyum nyum!
Dah puas makan daging, Jom! makan buah pulak!
10 comments:
salam Aidil Adha !
:)
alalala.. kesian cikgu.... sama kes juga lah saya kat Tawau ni.. hujan sepanjang hari tak sempat nak merasakan suasana kemeriahannya..
Tapi saya kat umah kenyang je membantai.. salam aidil adha ye..
salam aidiladha WC,
tengok buah ciku teringat pulak masa kecik2 dulu....petik, cuci dengan sabut,peram & 2-3 hari kemudian dah masak...manisnya!
salam aidiladha kak nor... aduhh menu semua best owh ciku pun besh yummm!
tahun ni tak buat korban...harg lembu pun dah semakin mahal...so duduk rumah mak sahaja dan masak apa yang patut...
buah ciku? memang dah lama tak makan buah tu...
nama makanan jarang2 betul di dengar oleh teliga ini...:)
dalam tak sempat tak sempat tu, banyak juga menunya yer kak.. wah bestnya ciku.. dah lama tak makan..
selamat hari raya aidiladha kak :)
bestnyer balik kpg :)
yna x balik pun :(
buah ciku... slrppp
<<following u =)
ciku feveret saya...sedapnya.....
lama dah tak jumpa cik ciku ni...
Post a Comment