November 24, 2011

CuTi DaLaM CuTi

Asaalamualaikum..

Hari ni sepatutnya saya ada satu hari lagi kelas tambahan
untuk tingkatan 4 tapi saya postpone ..
Dah 3 hari berturut-turut saya mengajar dari 8 hingga 1 tengahari,
kelmarin dah rasa perit tekak tak berapa nak keluar suara apatah lagi
bila terpaksa melawan bunyi hujan lebat yang turun tu.
Belakang pun sakit sebab berdiri lama.

Akhirnya saya buat deal dengan students untuk tunda baki sehari 
lagi tu di hari yang lain..jadi hari ni saya rehat mereka pun dapat rehat.
Hari tu tamak juga isi jadual 4 hari berturut-turut konon,
tapi bila kelas non-stop dari pagi sampai tengahari ni memang memenatkan.
Kalau mengajar kelas harian  biasa, lain sebab ada juga break.
yang ni cuma break setengah jam.
Tentu ada yang heran, cuti sekolah pun ada kelas tambahan?
ya..program sekolah saya untuk pelajar-pelajar
tingkatan 4 dan 2 yang bakal naik ke tingkatan 5 dan 3 tahun 2012.

Kelas selama sebulan untuk subjek kritikal.
Seorang cikgu ambil 4 hari untuk subjek mereka..
jadi kami mengajar 4 hari jer la..
boleh pilih ikut kesesuaian masing-masing.
direct 4 hari atau 2 hari seminggu atau sekali seminggu.
Cuma pelajar sahaja yang
belajar 20 hari.. selebihnya mereka boleh bercuti jugak.
Daripada tak belajar langsung waktu cuti, sekurang-kurangnya
mereka tak buang masa.

Hari ni hujan dah reda sikit walaupun sesekali
turun lebat juga.

Sungai yang melimpah di hadapan rumah



6 comments:

Amie said...

Tahniah...tahniah WC... itulah yang kakak selalu pegang, biar lebih jangan kurang ...kalau terkurang kerja mohon rahmat Allah dan halalkan rezeki yang kita dapat tiap-tiap bulan, kalau buat kerja lebih mohon keberkatan sebagai suatu sedekah... yang penting di akhirat nanti kita dapat markah 'audit' yang baik... teruskan usaha murni ini dengan penuh ikhlas...untuk saham di dunia yang satu lagi...

Unknown said...

berdedikasi betul akak nih...insyallah students terbilang,cemerlang & gemilang..:)

SemuaTentangKita said...

Besarnya jasa insan bergelar guru kan. Semoga anak murid yang diajar tu tak lupa jasa guru yg pernah mencurahkan ilmu kpd diorg.

wahida said...

kak, kelas tambahan yg cikgu2 buat tu kena caj bape kak?

whitecappuccino said...

@wahida: sekolah kenakan rm50 untuk 5 subjek bersamaan 100 jam..kalau dorang gi tuisyen mahal lagi.
@mrsharis:t/kasih hrp2 begitulah.
@papa Mifz: Insyaallah..
@Amie: semoga tuhan yg membalasnya.

Nur-nba said...

Rajinnya adakan kelas tambahan. Bahaya tu.. Air sungai dah hampir penuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...