Salam Jumaat dan salam sejahtera.
Balik dari solat Jumaat tadi ss bagitau yang masjid
tempat dia solat telah dipecah masuk.
Barang yang hilang ialah amplifier dan mikrofon,
Sebelum ini pun kejadian yang sama telah beberapa kali
berlaku di masjid yang sama.
Nasib baik ada lagi mikrofon yang lama tapi kejap elok
kejap tak dengar..agak menyusahkan lah juga kerana
mengganggu kelancaran khutbah dan solat.
Semuanya angkara drug addicts yang
datangnya dari kampung yang sama juga.
Sanggup mereka buat perkara yang keji ni
Pada mereka, asal dapat apa yang mereka
hajati, tak kira di mana..
di masjid pun tak kesah,peluang takkan dilepaskan!
Sama juga dengan kejadian mencuri sekerap getah.
Maklumlah harga getah masa tu RM7 lebih sekilo.
Penoreh akan sorokkan sekerap getah di ladang
sementara menunggu lori datang ambil,
Si penyangat ni semua mula memainkan peranan.
Semua mereka sapu..
Kesian sangat dengan penoreh,
dahlah penat lelah menoreh,
hasilnya disapu bersih oleh
mereka yang tak berhati perut ni.
Beraya sakan mereka dengan wang hasil getah
yang mahal tu...
8 comments:
braya sakan la kt dunia....kt akhirat nanti trimalah blsnnya
kj drug addict kot
dekat masjid pun org nak mencuri kan.. samela kat area rumah ni.. tak patut betul..
aduhai.. tak faham betul.. tak takut betul dengan balasaNYA..
aduhai.. tak faham betul.. tak takut betul dengan balasaNYA..
Beg laptop saya dulu hilang kat surau stesen bas.Letak sekejap je dah hilang. Sekali pakej suma, laptop, buku2.. Polis yang jaga bit situ pesan saya lain kali hati2. Kat situ ramai penagih dadah...
kalo drug addict mmg dah tak takut dah...
pernah terjadi kt kampung akak...drug addict jgk yg buat...tertangkap akhirnya...
asal dpt duit utk penuhi kehendak diorg, merompak membunuh pn diorg sggp.
Post a Comment