December 2, 2011

SaNa SiNi OmBaK RiNDu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dua tiga hari kebelakangan ni sana sini,
maksud saya kebanyakan blog duk cerita ataupun 
review pasal filem "Ombak Rindu"




Novel ni memang saya dah baca lama dulu,
jalan ceritanya pun ingat2 lupa.
Ingat nama Izzah dan Hariz.
Cuma lupa la masa baca dulu
keluar airmata ke tidak..:)

Kebetulan beberapa bulan lepas,
saya ada juga beli novel kompilasi
"Cinta..Tiada Akhirnya & Duri"
iaitu kesinambungan dari Ombak Rindu.
Baca baru 1/8 dari novel ni sebab bukan hari2 baca.
duk selang seli baca novel lain- Cinta Yang Terpilih-Sri Diah.

Disebabkan orang duk sibuk pasal Ombak Rindu ni,
saya pegi cari  novel ni kat rak2 novel saya kat tingkat atas.
Jumpa!

Rasanya nak baca balik la novel ni..
biarla tak tengok filem pun
(kat sini mana ada cinema..hehe)
Bila habis baca Ombak Rindu, boleh terus sambung novel
kompilasi tu pulak .

Jadi kerja la pulak..ye la cuti sekolah ni
banyak free, boleh la mentelaah novel ni..
(aci ek?)

Selamat berehat!

8 comments:

Akmall Razlan said...

tu la kak....saya buka je FB ada je orang post sal ombak rindu...pening2..hahahaha

kiz said...

hhuuhu..kurang berminat dengan genre cinta..walaupun saya seorang pencinta..hehe

monalea said...

tulah kak.hati ni berkobar2 nak tengok filem ni.tapi mcm tak bekesempatanlah pualk.bz benar 3 minggu ni dgn family dtg dr swk

Zul De Alexis said...

sm pon byk gak jumpa...semua duk cte pasal ombak rindu teringin gak nak tengok..hehe

Ayuni said...

kn best klau ader dlm english....

kurus said...

aah sana sini demam ombak rinduu .. mentang2 ada seth tan ekekke :)

Run Away said...

belum sempat baca lagi...;d

||aLeaSaRa|| said...

owh tak pernah baca pun.alah sis buatlah review kalau tgh free ye :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...