Hidup tidak selalunya indah
kadangkala,
apa yang diimpikan
tak kesampaian,
berkecai di tengah jalan.
Hidup tidak selalunya indah
pabila kadangkala
apa yang diharapkan
tidak semua menjadi kenyataan.
Hidup tidak selalunya indah,
kerana yang indah itu
ada kalanya
terselit kedukaan.
Hidup tidak selalunya indah
kerna yang indah
itu juga seringkali melekakan
hidup tidak selalunya indah
kerana yang indah itu
seringkali mengalpakan.
Hidup tidak selalunya indah,
namun yang indah itu
tetap hidup dalam kenangan..
Kenangan yang terindah..
12 comments:
ya kak. ada benarnya kata2 ini... Hidup ini umpama roda... bukan selamanya kita akan bersenang lenang.. adakalanya ujian yang perlu kita lalui segala.... semoga kita hadapi dengan ketenangan
hidup memang tidak selalu indah kerna pasti ada dugaan dan halangannya sebelum keindahan datang menjelma...
Hidup ni penuh warna-warni... Sedap video klip nie.. :-)
hidup tidak selalunya indah, tp kita tetap perlu sentiasa bersyukur kan kak.. Alhamdulillah..
setuju kak .. bila difikir2kan sedihhhhhhhhh kan :(
itulah kehidupan...
betul tu kak...
tanpa ujian, manusia akan terus leka...
n3 ini membuatkan saya bermuhasabah diri seketika...
lumrah hidup...bukan indah selalu..
betul tu kak nor, tapi bila yang tak indah berlaku buat kita lebih bersyukur...
hidup berharapkan keindahan.. keindahan pula terlalu sementara..
bersyukurlah dgn setiap ujian kerna tak selamanya kita di atas & tak selamanya kita di bawah...
saya setuju,kita hanya merancang tuhan yg menentukan....
Post a Comment