December 16, 2011

KaSiHnYa Si IBu AYaM

Lihatlah betapa kasihnya ibu ayam ni kepada
telur2 (of course telur tak nampak)
yang sedang dieramnya hingga
sanggup basah kuyup dan menahan kesejukan
dek tempias hujan lebat 
yang sedang turun.

basah kuyup ayam ni..


Sebenarnya dua hari lepas saya baru perasan
ada 10 biji telur ayam dalam
pasu bunga saya...banyak2 tempat, pasu bunga saya juga
yang jadi mangsa tempat bertelur!
Kemudian saya tengok ibu ayam ni masuk
dalam pasu..rupanya dia tengah mengeram.
Ayam ni bukan ayam kami sebab kami 
tak bela ayam, mungkin ayam jiran sebelah rumah yang
selalu masuk kawasan rumah kami.

Bila saya beritahu ss, dia cakap telur tu dah
lama kat situ, dah basah kena hujan yang pastinya 
memang tak akan
menetas sebab dah rosak.
Tapi ayam tu tetap tak jemu2 menunggu dan mengeram
telurnya yang banyak tu..
Tak tahulah sampai bila dia nak duk situ , 
dalam pasu bunga saya pulak tu!

SS kata nak buang telur tu kalau tak ibu ayam ni akan 
duk dalam pasu tu entah sampai gila kot sebab anak
 dia tak keluar2 dari telur tuh! big grin
Kesiannn dia..

16 comments:

Balqis Azhar said...

hahaha..
selamt berjaya ibu ayam !

jom baca entri terbaru saya!

Papa Mifz said...

kasih ibu kan...ibu ayam..:)

♥ Princess ♥ said...

alahai comelnya ayam tuh! :)

So Shy Lady said...

rsnya smpai tlur mnetas la gamaknya baru nk klua :D

Amie said...

laaa...siannya si ibu ayam, ini boleh jadi satu cerita teladan ni WC... agaknya memang tak akan menetas langsunglah telurnya ye...

efa said...

ibu ayam :) tak lari plak eh dya bila awk snap hehe

norh said...

dia dah bosan nak mengeram dlm reban ye..

Shafiq said...

Bila la boleh menetas agaknya tu...:-)

delarocha said...

takde org bgtau ke telur tu dah rosak?

cuba akak bgtau ayam tuuuu.... ahakss

whitecappuccino said...

@Balqis: :) erk..
@Papa MifZ: ibu ayam pun kasih kat anak dia.
@Princess: tak comel..basah!
@So Shy Lady: masalahnya telur tu rosak..takkan menetas..
@Amie: memang pun..telur sejuk amie..
@efa: tak, memang duk situ jer
@norh: agaknya la :)
@shafiq: tak menetas kot..
@delarocha: nanti akak belajar bahasa ayam, pas tu akak gtau dia :)

Cik Zara Hannan said...

adoooi,... kesiannya... T.T
lama tak mengomen nih. haha.

Nieza said...

wah rezeki dapat telur ayam la tu..tapi biasanya time ayam mengeram tu dia garang sikit kan:)

Gen2Merah said...

ada hikmah di sebalik kisah si ibu ayam ni..

1. jangan mudah berputus asa walaupun impian macam mustahil

2. untuk berjaya, kenalah rela berkorban apa saja walaupun bemacam2 halangan seperti hujan dan sejuk

3. untuk menimba banyak pengalaman, keluarlah dari tempat kediaman sendiri, dan timbalah ilmu di tempat lain plak.. (macam ayam dalam pasu ni...) ehehehe

Thanx kak for sharing

anisalya said...

ayam oh ayam!!!

Selendang Merah said...

cian kat ayam tu, menungu dengan penuh kesabaran..hehe

whitecappuccino said...

@Nieza: tapi yg ni tak garang pulak
@Gen2Merah: Betul tu..itulah hikmahnya..sama2
@anisalya: hehe
@SM: betul tu..sian dia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...