January 22, 2012

BenDi GoRenG PuN TeRinGin

Salam hari Ahad..

Dah 2-3 hari saya nak makan  okra/bendi goreng..Hari ini baru tertunai hajat tekakku. Pagi tadi pergi beli bendi sedikit (sebab saya je yang makan). Nak memasaknya pulak bukan main senang sekali, tak sampai 5 minit siap. Main campak2 bawang, cili, dan udang kering tumbuk....tada.......


Bila makan nasi dengan bendi  goreng tak perlu kuah . Ada ikan goreng  dan sambal belacan pun dah cukup. Orang lain tak tau la, tapi saya boleh aje.  Tadi kebetulan ada peria, saya beli jugak sebiji. Macam biasa saya saja yang makan sayur-sayur begini, Yang pahit, yang kelat, semua saya makan. Peria pun biasanya saya goreng campur ikan bilis atau udang kering dan telur . Beli tempe sekali. Tempe pun goreng kering juga.

peria dan tempe
Entah apa mimpi penjaja  ikan masuk kawasan rumah saya hari ini, ada ikan bawal hitam so, beli tiga ekor sebesar tapak tangan orang dewasa untuk  RM11. Mahal ke murah , tak tau. belum masak lagi ikan tu sebab tak tau nak masak apa. Ada suggestions untuk masak bawal ni?

Ok lah..selamat beristirehat dan bercuti ya..

pegaga air ..tepi garaj



Berhati-hati bila memandu walau ke mana destinasi anda.
Have a safe journey!!





10 comments:

Amie said...

Sayur bendi memang sedap kalau tumis kering2. Kita pun suka sangat makan lauk yang WC kata tu...sedap!
Bawal hitam biasanya kami goreng garing, lepas tu masak dengan sambal, tapi kalau goreng saja pun memang sedap!

whitecappuccino said...

@Amie:tu la..bawal goreng garing pun memang sedap..rasa manis je kan ?

pena rozie said...

x suka bendi...

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

pegaga tu wat kerabu...yummmyy sedap..

cheqna said...

cheqna tak makan sayur =)

Deru Ombak said...

Salam Cikgu.
Semua paparan diatas tu kegemaran akak. Bendi goreng tu rupanya saja dah menarik, apetah lagi bila lidah yang merasa. Pegaga air tu pun petik jek dari Kolam tepi rumah.
Cukup makan cukup pakai.. Ape lagi yang kita maukan Cikgu? Syukur Alhamdulillah..

Hanis Azla said...

saya pula yg terliur tgk lauk bendi akak tu.. klu makan masakan yg macam tu mmg membuka selera.. ikan bawal selalunya masak sweet sour, sambal atau kari.. masak style lain tak pernah cuba pula..

whitecappuccino said...

@Pena rozie: oh..tak semua orang suka kan?
@AFA: betul! kerabu pun sodap!
@Deru Ombak: wslam..Ya akak..hampir cukup semuanya apa lagi yg kita nak.
@Hanis Azla: biasanya itulah cara masakkannya .

whitecappuccino said...

@Cheqna: oh ya ker? semua sayur tak suka ya?

Ayen... said...

ayen x makan bendi.....huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...