January 7, 2012

KuaSa VeTo

Salam..


Hari Rabu, masuk kelas tingkatan 5S.
Agak pelik melihat susunan meja, dan kedudukan sebilangan pelajar.
Ada yang mejanya tiga tapi dua orang duduk, ada pula mejanya dua  tapi duduk bertiga.


Kelihatan seorang pelajar perempuan duduk di meja barisan hadapan
dengan muka masam mencuka.


Saya     :  Kenapa ni?
Pelajar  :  Benci! dia ambik tempat saya.
               (dia tak puashati dengan seorang pelajar lelaki)
Saya     :  Laa..waktu datang kelas masa cuti kan ke dah booked tempat    
               duduk?"
Pelajar  :  Dia tak mari masa tu, tiba2 kemarin dia mari ambik tempat saya.


Ok..saya tak bertanya lanjut.
Saya teruskan dengan pelajaran hari tu.
Selang beberapa minit kemudian,
Pelajar  tadi hulur nota kepada saya
bunyinya begini:
"Teacher guna la kuasa veto teacher, kalu teacher suruh mesti dia dengar"


Alahai..bincang la baik2 tukar suka sama suka..ruang kosong banyak lagi tu..
Yang lain menyampuk,
"Dua dua keras kepala, tak nak mengalah!"
Dengan muka yang masih mencuka pelajar tadi merungut lagi.
"Tak der mood! semangat nak belajar habis hilang!


Nak tergelak pula saya..macam budak kecil la padahal dah form 5..


Saya biarkan mereka selesaikan masalah tersebut antara mereka,
Nak tengok esok macamana, masih lagi macam tu ataupun 
dah selesai , kalau tak terpaksala undi.


                                  Jangan gadoh2..makan apam comel ni.









14 comments:

Hanis MY said...

hehe comel plak bebudak ni...

delarocha said...

3 orang duduk kongsi 2 meja? selesa ke blaja mcm tu?

whitecappuccino said...

@HanisMY: tu la mcam2 peel.
@delarocha: tu la pasal. meja kosong ada gi himpit tempat sempit.

||aLeaSaRa|| said...

owh awal2 buka sekolah dah di duga kesabaran cikgu ye,yelah kesian jugak kat student tu dia kan dah booked hurmmm....

Ayen... said...

Keras kpale betul ek dua org tu,klu ayen hantuk je kpale bg lembut ckit....hahahaha.

aimaniman said...

sama je, kat klas akak memang guna kuasa veto, padahal dah form 5,.. apa nak buat, yg buat hal kene asingkan kalau x lagi kacau bilau kelas...

Nur-nba said...

Memang setiap hari ada je karenah anak2 murid seperti ini. Kadang2 teruji kesabaran.. :-)

Shafiq said...

Hehehe.. Kelakar pulak bila membayangkannya. :-) Macam budak-budak je. Hehehe. Teringat dulu masa praktikal mengajar budak-budak sekolah rendah. 'Sir, sir.. ye sepak saye, sir marohla ke dia..'

whitecappuccino said...

@Shafiq:" sir marohla ke dia..'" hehe..lucu la kan?
@Nur-nba: betul nur
@aimaniman: selagi boleh dikawal takper, kalau tak..terpaksala
@Ayen: hahaha..silap haribulan makbapak dia datang!
@aleasara: tu la pasal..

ieda said...

ekekke cabaran pertama mengajar ting 5 .. seronok lak saya dengar kak ;)

ANISA said...

susah jugak ek kalau xnk beralah...
XD

norh said...

besok2 besar, mesti diorang tergelak sendiri ingat kisah ni..

Kalamhati said...

hikhik comel je dorang gaduh...hehe
takpe2 lok dulu..tgk ghano..hehe

Nur IFFah said...

Teacher ! still remember me ? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...