Entri kali ini masih lagi berkisar tentang kejayaan pelajar sekolah saya dalam PMR 2011. Walaupun dah beberapa minggu keputusan diumumkan namun masih ada lagi rentetan peristiwa berikutan kejayaan tersebut.
Dua tahun kebelakangan ini, pengetua sekolah saya telah melakukan pelbagai usaha untuk memberi galakan dan dorongan kepada pelajar2 untuk terus berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan mereka. Antaranya dengan memberi imbuhan kepada pelajar yang berjaya mendapat straight A's. Sebelum ini 2 orang pelajar SPM telah mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM1000 setiap seorang dari beliau (boleh baca kat sini dan sini) dan duit ini merupakan duit dari poket beliau sendiri bukannya duit sekolah.
Nak dijadikan cerita, tahun ini seramai 27 orang pelajar PMR telah berjaya mendapat 8A, tak pernah seramai ini dalam sejarah. Pengetua telah berjanji untuk menghadiahkan RM150 kepada setiap pelajar yang berjaya. Pada hari Ahad lepas beliau telah mengotakankan janji beliau dan budak2 tu senyum memanjang pada hari tersebut kerana pihak projek PMR juga menyumbangkan sebanyak RM50 setiap seorang. Mereka dapat RM200! Pengetua pulak, terbang RM4050!! (ada yang nampak pengetua pergi ke Tabung Haji..:)
Seorang kawan saya pulak (guru B.Inggeris), telah berjanji dengan pelajar dalam kelasnya yang mendapat A bagi subjek B.Inggeris akan di beri RM10 manakala kalau dapat 8A akan diberi RM40...Kiralah sendiri berapa dia sedekahkan kepada mereka kerana hampir satu kelas dia dapat 8A!
Pemurah tak mereka?? Semoga Allah akan terus melimpahkan rezeki kepada mereka.
Kelas saya tadi, 4S1, mereka ni lah yang dapat duit tu! |
p/s: Mungkinkah RM1000 atau lebih ,akan melayang lagi dari poket pengetua
awal Mac nanti??
27 comments:
kadang2 duit itu bagus untuk memberi galakan. sekarang ni semua pakai duit. mungkin kita tidak tahu ada student yang miskin dan sangat memerlukan duit.at least,sedikit sebanyak dapat ringankan beban diorang
nasib baik pengetua tak janji RM 1000 untuk PMR..kalau tak terbang 27 ribu..tapi itulah pengorbanan guru..begitu besar ertinya kejayaan murid buat mereka..
Rindu cikgu yang pernah mendidik dulu.. jasamu ku kenang.
wahhhhh bez ar bdk2 ni...
murah tol hti pengetua tu..
ni bru la btol2 ikhlas nk mndidik anak bangsa..
x mcm pengtua sy tu...
haisshhh reti desak bdk je...
erk termengumpat la plak..eekekekeke
Bagusnya pengetua cikgu...cer tnye dia,xnak tukar skolah ayen ke?kuang3x..hehe.
Pengorbanan dia supaya pelajarnya ada motivasi untuk berjaya
Menarik...
Tapi klu boleh biar la budak2 tu belajar untuk faham bukan belajar untuk duit yg ditawarkan tu..hehe
alhamdulillah..murah rezeki pengetua dan cikgu tu :)
tak tahu kenapa saya rasa sebak kak.. bagi saya kemurahan hati mereka sgt murni sekali.. langsung tak berkira dlm memberi semata2 utk memberi semangat pada pelajarnya.. semoga Allah murahkan rezeki2 mereka..
@Rozuan:memang pun kebanyakan mereka dari keluarga miskin..dapat jer duit ramai2 g KFC..ye al bukan selalu pun dpt makan KFC..
@Kiz: heheh..rM1000 utk SPM..tapi dia nak sngt pelajar dpt straight A's utk meletakkan sekolah di rangking atas sbb sbelum ni keputusan selalu tidak menyebelahi kami..5 6 tahun kebelakangan baru nampak peningkatan yg amat sangat,
@Ezad Amir: dia memang sangat pemurah..kalau kemana2 pun tak lupa buat balik servenir utk staf n cikgu2 dia yang ramai lebih dari 100 org.
@Ayen: hahaha..nanti akak tanya.
@Monalea: itulah dia
@CikPuan Halia: yela..kalau tak bersungguh memang tak capai.
@Dylla: begitulah hendaknya
@HanisAzla:mereka memang jenis yg tak berkira..kwn saya tu takde anak tapi dia memang tak kedekut dengan budak2..ada jer pemberian dia kepada mereka terutama yg miskin.
Sungguh besar pengorbanan seorang pendidik. Bersedekah menambah berkat.
bagus juga..sebagai pembakar semangat untuk budak sekolah..itu lain dari rasuah..
duit bagi semangat untuk budak2 semakin rajin belajar tau :)
adik2 yna klu nak exam yna akan offer duit, pastu kakak dia gigit jari haha!
wah klau mcm ni gerenti stiap thn makin btambah bil pljr cmerlang!
kdg2 cikgu mmbri bukan apa...juga sbg tanda ksyukurn krn ilmu yg dtabur tlah dmanfaatkn oleh ank didik
isshhh x berani nak janji2 laa... tp kelas akak kalau dapat str8 A.. kira gempak, boleh potong lembu sekandang,.. 5M.. tapi segalanya mungkin kan, jangan perkecilkan kemampuan murid2 sekarang,..
WC,
dulu Amie pernah buat begini, teringin sangat budak2 dapat A (SPM) dalam subjek yang Amie ajar, jadi janji bagi RM50, tahun pertama masih okey sebab 4 orang dapat A, kopak RM200, tahun ke dua pun okey juga, 6 orang tapi tahun ke 3 naik 10 orang ha hahahh...lepas tu dah tak janji apa-apa dah, result pun okey aje lepas tu... ha hahahh
saya amat yakin & pasti bahawa Guru Besar akan mengurangkan jumlah ganjaran pd pelajar2 yg akan mengambil peperiksaan PMR tahun ini... hehehe
wow guno duit pengetua tuh sendiri...pemurah sungguh...
bagusnya pengetua tu..sanggup kuarkan duit sendiri utk appreciate kejayaan pelajar..
Semoga Allah swt merahmati mereka yang suka bersedekah..amin
Memang bagus pengetua akak.. Beliau begitu menghargai kejayaan yang dicapai oleh anak2 muridnya. Itu bukan satu kerugian bagi beliau, kerana besar ganjarannya yang Allah akan beri pada orang2 yang bersedekah dengan hati yang ikhlas.
semoga murahhhhhhhhhhhhhhh rezeki pengetua tuu kak ! .. ;)
Salam. Kak, masa Nur cuba dia terus menjadi.
Takpe, why not akak try ubah ni dulu..
Klik pada Settings > Klik pada bahagian "Basic" > Pada bahagian "Global Settings", pilih "Updated editor"
Kalau tak boleh juga.. Nur pun tak sure kenapa.. Nanti tinggalkan komen ye.. Hope dapat membantu.
Perghh... pelajar semakin pandai sekarang...:-)
Alahai.. kesiannya.. Maaf ye kak. Nur pun tak pandai sangat. Kenapa tak menjadi kat blog akak.. Harap akak boleh tanya mereka yang pakar.. Sorry sis.
Hmm..sapesal la zaman ai sekolah dulu takde cikgu buat cenggini? huhuhu
baik hati betul eh pengetua tu. keluarkan duit poket sendiri pulak tu! ni 1st time kot saya dengar ada cikgu bagi imbuhan sebegini. Selalunya kata nak bagi hadiah, dan hadiah pulak pen aje. Budak2 pun tak motivated kalau dengar hadiah pen aje.
huarr, maveles ^^
cikgu yg macam ni la buat students highly motivated sbb nak dpt duit. tp bagusnya masing2 buat keluar duit sndri.
Post a Comment