December 24, 2010

KeTuA Ku..

Salam..
Lewat pagi tadi WC berada di bilik penyerahan slip keputusan PMR bersama kawan2 yang lain. Sambil berbual dengan mereka, sempat la juga melihat telatah pelajar2 yang sedang mengambil keputusan.  

Kebetulan waktu tu, pengetua kami masuk bersama seorang makcik yang nak mengambil result anak dia. Hairan juga mengapa pengetua bersama dia sewaktu nak bayar hutang sebelum ambil slip PMR...

Belum sempat tanya, pengetua pun bercerita kepada kami, yang anak makcik tu berhutang (macam2 yuran) lebih RM200. Memang kalau pelajar masih berhutang, mereka tidak boleh ambil result sehinggalah hutang dijelaskan terlebih dahulu.  Makcik tu mohon pada pengetua untuk bayar separuh dahulu bagi membolehkan dia  mengambil result anaknya tadi, kemudian separuh lagi dia  akan bayar tahun depan..

Pengetua jelaskan pada makcik tu yang perkara begitu belum pernah dibuat sebelum ini, kalau tak lunas hutang memang tak boleh bagi. Dia merayu lagi. Akhirnya pengetua kata,"tambahla RM50 lagi, jadi RM150, yang selebihnya saya tolong bayar dahulu..kira makcik bayar kat saya nanti". 

Kawan WC pun cakap kat pengetua, nanti ada lagi orang lain yang buat macam ni, suruh pengetua bayar dulu. Pengetua balas, " Saya bagitau dia jgn bagitau orang lain pulak".  

P/S: Dalam sejarah sekolah WC belum pernah ada pelajar yang dapat 10A SPM sebelum tahun 2009, paling tinggi pun 9A. Jadi tahun lepas dia janji kepada pelajar sape yang dapat 10A dia akan bagi RM1000( duit dia sendiri bukan duit sekolah). Jadi  SPM 2009, seorang pelajar berjaya mendapat 10A.  Pelajar tersebut  dapat la hadiah seperti yang dijanjikan... Tahun ni dia janji macam tu jugak. 

10 comments:

Kalamhati said...

Bagusnya pengetua skolah CIknor..

whitecappuccino said...

*Kalamhati: Dia memang baik

azidee said...

itu namanya pemimpin yang memahmi sesetengah ibu bapa yang mmg susah ....cuba kita lak bayangkan
kita di situasi ibu bapa tersebut
maybe kita fhm camne seksa nak bayar yuran tu kan?

whitecappuccino said...

*Azidee: Setuju sgt..memang seksa kan? bukan sikit tu.

Wan Gerrard said...

owh bestnyer pengetua tu..
nak amek SPM balik la =P

whitecappuccino said...

*WG: silakan..:)

iLa SaHaR said...

waaaaaa bagus la pengetua tuh pemangkin anak bangsa

whitecappuccino said...

*ILa: :)

Gentleman Frog said...

salam,

nasib baik seorang klu se10 org?

an after expert

Siti Safiyyah said...

pergh, beruntung lah budak yg dapat tu..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...