December 31, 2010

WaLHaSiL BaLiK AsaL

Salam..
Hari ini merupakan hari terakhir kita berada di tahun 2010 .
seperti yang dah diketahui umum, hari ini juga cuti umum.
WC hanya duk rumah jer..
tak kisah pun sebab duk rumah best jugak!

Dua orang anak dah balik kolej,
jadi walhasil balik asal la.
tinggal 3 orang lagi kat rumah.


Alisa,Arina,Amira

Tengahari tadi WC pegi rumah mak,
ambik anak yang tidur rumah dia
mak kan tinggal sorang jadi anak2 bergilir
teman dia malam2.
begitula tiap2 malam sejak 7 tahun yang lalu.
Dari dorang kecik sampai sekarang.

On the way pegi rumah mak
sempat juga WC ambik gambar
kat tepi sungai dekat dengan rumah dia.
Hujan yang turun sejak kelmarin dulu
menyebabkan air sungai penuh dan melimpah,
tapi jalan masih boleh dilalui lagi..

kat sini la jumpa ular dulu

di sinilah juga WC reverse keta selama 20 minit tgh2 malam
sebab jalan dipenuhi air tak boleh dilalui

Waktu ni hujan masih lagi berlarutan kdg2 lebat .
Hujan2 begini juga mulut terasa nak makan..
tapi bosan la makan nasi.
WC teringin makan maggi hehe..
so ni dia maggi yang baru siap dimasak cepat dimakan!
Jom!!!

tiba2 ku rasa teringin..

4 comments:

Monalea said...

sesekali makan maggie memang sedap. buat terlir lak maggie kat atas tu.

whitecappuccino said...

*Monalea: yer betul..sekali sekala ok tap kalau kerap nak termuntah pulak..:)

noreed said...

aduhai meleleh air liur tgk maggi tu :)

whitecappuccino said...

*noreed: ada gak yang terliur maggi ni ek :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...