Salam..
Hah! Ada2 jer cerita kan? Yup! Kali ni kisah penutup tangki minyak CRV tertinggal kat stesen minyak pulak. Kalau dekat tak apa la jugak, ni..jauh woo..! Camni kisahnya..
Pada pertengahan tahun 2009, anak sulung dan anak ke dua kami ditawarkan masuk IPT. Nak dijadikan cerita, si adik di utara manakala kakak di selatan. Pendaftaran pulak berturut hari nasib baik bukan pada hari yang sama, kalau tak, mesti pening kami.
Setelah selesai urusan pendaftaran anak lelaki di UiTM Pulau Pinang kira2 pukul 12 tghari, kami pun bergegas untuk bertolak ke Johor untuk menghantar si kakak pula. Sebelum tu kami singgah di stesen minyak Petronas dekat UiTM untuk mengisi minyak. Kemudian, perjalanan ke selatan pun diteruskan..Kebetulan pada hari tersebut hujan turun dengan lebat dan perjalanan pula memang jauh..dari utara ke selatan semenanjung.
Selepas entah berapa jam perjalanan, kami tiba di stesen minyak (lupa nama apa tempat tu) di Perak..Hujan masih lagi lebat. Suami pun turun untuk refuel.. Tiba2 WC nampak dia tepuk dahi..apahal la pulak??
Dia cakap penutup tangki minyak takde! mesti tertinggal atas pam minyak di Pulau Pinang!. Takkan nak patah balik! Sudahhh!!! macamana nak buat..Mana nak cari penutup yang sama macam tu??
Suami kemudian minta tolong Mat Bangla yg bekerja kat situ cari plastik untuk tutup tangki. Tiba2 mamat tu bersuara, " Kalau saya dapat cari penutup yang sama nak bagi berapa? Suami pun dengan konfidennya berkata, "RM30"!. Selepas beberapa minit, mamat tu kembali sambil membawa sesuatu di tangannya. Dia pun cuba penutup tersebut..Ngam! elok2 jer muat!. Hah! Nasib baik! Suami terus bagi dia RM20..kenapa tak RM30 seperti yang dijanjikan tadi? Suami cakap kat mamat tu, yg ni dah buruk skit..RM20 ok? mamat tu angguk. Sejuk2 dia dapat RM20. Legaaa...selesai masalah.
Selepas kejadian tersebut, setiap kali mengisi minyak dia akan pegang penutup tu supaya tidak tertinggal lagi.
P/S: Dulu kat Melaka pernah terjadi jugak tapi nasib baik dekat, boleh patah balik. Memang jenis pelupa! :)
3 comments:
huhu so far blum pernah lg terlupa nak buh penutup balik..
tapi kakak penah beberapa kali..tp bukan dia yg lupa..pekerja pam tu yg lupa..huhu
emak sy selalu terlupa...so skrg kalau dia kata nak gi isi minyak kita org x bg dia buat..
*Kalamhati: oh! ni kes self service la..
*yott: macam tu ya? :)
Post a Comment