January 1, 2012

TaHuN BaRu 2012, TuGaS, KiSaH DaN TaULaDaN

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Selamat Tahun Baru 2012!

Tahun baru 2012 dimulakan dengan mesyuarat di sekolah..

Antara 
pesanan yang 
 dapat saya petik dari 
ucapan GPK Pentadbiran
 berkaitan dengan tugasan kami ialah:

"Orang yang kaya ialah orang yang banyak bekerja tanpa mengharapkan  ganjaran yang lebih 
namun orang yang miskin ialah orang yang
 kerjanya sedikit tetapi mengharapkan
 ganjaran yang banyak".

Oleh yang demikian, sama2lah kita melaksanakan apa jua
 tugas yang diamanahkan kepada kita dengan ikhlas dan 
bersungguh-sungguh tanpa memikirkan  ganjaran 
semata-mata.Sesungguhnya ganjaran
 yang kita perolehi nanti, 
insyaallah setimpal 
malah mungkin 
lebih dari apa
 yang kita 
sumbangkan.



************************



Masih ingat tak lagi kisah ibu ayam yang saya 
ceritakan dalam entri ini?
Rupa-rupanya telahan ss yang mengatakan telur-telur
ayam itu tidak akan menetas adalah silap!

Lihatlah apa yang kami nampak dalam pasu tu kemarin...
.
.
.
.
.
.
.
.
.



anak ayam!!!

ada di antara telur-telur tersebut telah menetas!

Usaha ibu ayam yang dianggap sia-sia kerana mengeram
telur yang dikatakan tidak akan menetas kerana telah rosak
disebabkan basah kena hujan sebenarnya terbukti salah!

Kegigihan ibu ayam itu mengeram telur-telurnya tanpa
menghiraukan dirinya basah dan kesejukan dek ditimpa hujan yang
lebat akhirnya membuahkan hasil..

Walaupun ibu ayam tersebut terpaksa menempuh
dugaan dan cabaran yang getir untuk sekian lama,
dia tetap tabah dan setia menunggu tanpa jemu.
Telur yang dieram akhirnya menetas jua..
Saya salute awak, ibu ayam!!

Seharusnya, kita patut mencontohi sikap  ibu ayam ini, bukan
ibu ayam tut..tut..tut ya..

Berusahalah dengan gigih tanpa mengenal jemu dan putus asa
walaupun pada dasarnya kita menganggap tugasan atau kerja  tersebut
agak mustahil untuk dicapai atau berjaya. 
Sekurang-kurangnya kita cuba dulu.

Seterusnya, sanggup berkorban dan menghadapi halangan dan
cabaran demi mempertahankan/menjayakan misi yang hendak dicapai.



p/s:  Sehingga kini ibu ayam masih lagi mengeram telurnya yang masih
        belum menetas.






17 comments:

Pondok Usang said...

selamat tahun baru... =)

Nur-nba said...

Bagus perkongsian akak dalam entri ni.. Jan an berputus asa dan sentiasa bangkit dari kegagalan.

Selamat kembali bertugas Kak WC dan Selamat Tahun Baru.

Rozuan Ismail said...

mungkin yang dikatakan tu kaya peribadi kot.huhu


wah,dah eram ye telur ayam tuh

whitecappuccino said...

@Pondok usang: selamat tahun baru
@Rozuan: mungkin juga..
dah menetas..
@Nur:tq nur..selamat kembali bertugas buat nur juga

Shafiq said...

Ucapan yang agak mendalam maksudnya.. :-)
Eh, comelnya anak-anak ayam tu!:-)
Tak sia-sia ibu ayam mengeram.

norh said...

walaupun haiwan, dia tetap berusaha gigih..

ieda said...

begitu tabah , tak kan kita x boleh jadi setabah ibu ayam ?? ;)

TQ sharing akak ..
muahhh !!!;)

Kiz said...

cerita ayam tu buat aku rasa semangat untuk terus berjuang mencapai impian.Thank ye.

Papa Mifz said...

perlu ikhlas dlm semuo perkara....:)

lieynanilaz said...

cerita ibu ayam yang boleh memberi inspirasi dalam menempuh kehidupan...:)

cerita best said...

nice entry yntuk tahun baru nie

ini cik ita said...

kak...besar sungguh pengajaran darinya kan kak.....

Ayen... said...

usaha tangga kejayaan...selamat tahun baru cikgu yek,ihiks...

m. ng said...

ehh, comelnya anak ayam!!! :D :D nak satu!! happy new year, by the way! thanks for stopping by my blog.

Gen2Merah said...

ya ya, saya masi ingat lagi kita dok pakat2 kata telur takkan bertelur punya.. last2 ayam itu yang betul kan.. ahahahaha....

moral of the story: jadilah seperti ayam ini. Butakan mata pekakkan telinga apa yang orang kata. Sebab dia yakin apa yang dia buatkan.. ehehehe

Nice entry la cikgu.. slamat kembali ke sekolah yaa..

Lady Milo said...

ibu ayam yang bekerja keras!!

anisalya said...

menetas jugak akhirnya telur2 ayam tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...