Salam sejahtera..
Ingat lagi kisah pelajar saya yang tak puas hati
dengan kawan sekelasnya dalam entri Kuasa Veto?
Hurmm..alhamdulillah, semalam saya masuk kelas mereka dan
saya dapati susunan kedudukan
mereka tak seperti sebelumnya.
Dah tersusun dengan baik.
"So, how's everything? settled?" Tanya saya.
"Yes, teacher!" Jawab pelajar perempuan tersebut dengan senyuman.
Alhamduillah..semua dah settled, guru kelas mereka yang tolong.
Seorang pelajar lelaki tu (tempat dia memang di depan)
dengan rela hati duduk di belakang untuk
memberi tempatnya kepada kawan dia (sepatutnya budak ni
yang kena duduk di belakang).
Walaupun matanya tak berapa terang (sebab tu dia duduk di depan).
Namun, tak mahu hal ini berpanjangan, dia mengambil
jalan untuk berkompromi..
bagus budak ni.
Akhirnya masalah tersebut selesai dengan setiap orang
berpuas hati dengan keputusan yang dicapai bersama.
Mereka juga kelihatan ceria untuk meneruskan
pembelajaran mereka.
Semoga mereka akan selesa belajar
seterusnya cemerlang
dalam SPM 2012.
Sebarang permasalahan yang timbul insyaallah akan
dapat diselesaikan dengan baik seandainya pihak yang terlibat
boleh bertolak ansur dan mampu berfikir secara matang dan rasional.
Budak2 boleh, mengapa kita yang dewasa
tak boleh?
15 comments:
cuba tgk diorg kt u nnti....
wah, cikgu ni ajar calon SPM rupanya.. pasti lebih besar tgjawab itu kan.. bagus lah, managed kelas awal2 macam ni penting utk membentuk dispilin dan melancarkan proses pnp guru2..
Assalamualaikum Cikgu...
Mendidik mmg satu tanggungjawab yang besar, penuh dengan nilai murni dan nilai budi.. Terimakasih Cikgu kerana mendidik anak bangsa.
Akak follow blog Cikgu ye..
Nitezz..
lagi meningkat umur lagi lah x blh nak kompromi kak :(
akak cikgu spm? wow! hebat nih! :)
Salam Kak.
Samalah dengan Nur. Bila mengajar pelajar menengah atas, guru kena banyak bersabar.
kalau ada sikap bertolak ansur, semua masalah dapat di selesaikan dgn baik kan kak..
oh tlpas plak isu tu. nnti ssl jnguk ;)
rasanya t.rugi bralah, kan..tp cuba tngok politician skrg ni... demi agama pun t.nak btolak ansur. kcewa btul
tak salah kalau sekali sekala kita mengalah utk kebaikan...
sbb tu awal2 ni cikgu kene tackle hati budak2, bila hubungan dah kamceng sonang laa... sbb budak2 egonya masih 'mentah' banding ego orang tua dah keras...
cik nor ngajor spm ropenyer yek...ingt america jer kuasa veto heheheh
WC,
dalam diri cikgu kena ada ibu, kena ada diri bapa, kena ada diri hakim, kena ada diri polis, segala-galanya.... segala-galanya! Tak ramai sanggup sempurnakan tugas sebagai guru tau...
yg dewaso2 nih biaso nye ego jer lebih..
klu dah rabun, susah gak duk belakang2 ni
nak handle anak2 remaja ni keno ado cara kan ciknor..huhu baru la demo respek ko kito..tak perlu nok bekeng2..
@Ayuni: a'ah tak tau macamana dorang nanti
@Gen2Merah: ya cikgu..memang agak berat tugas tu tapi insyaallah bagi pelajar kelas sains, tak banyak sgt masalah..
@Deru Ombak: wslm..terima kasih ya
@Yna: setuju..patotnya lebih mampu mengawal emosi kan? ya Yna, tapi biasa jer, tak de la hebat mana.
@Nur-nba: ya betul nur
@Hanis Azla: betul hanis.
@So Shy Lady: setuju..ye la macam2 hal
@sudipvsenduk: ya betul
@aimaniman: betul tu..mudah sikit urusan,
@noor: ya noor..hehe..
@Amie: mereka main pelbagai peranan.
@Papa Mifz: a'ah..tak nak mengalah.
@delarocha: tu la pasal tapi dia sanggup demi mengawal keadaan.
@Kalamhati: betul sangat2..kalu bekeng terlajok pun kadang jadi lain macam pulok.
Post a Comment