January 9, 2012

BLacKOuT DaN TNB

Salam..

Sebaik sahaja lepas saya update blog tentang kemenangan DLCW menumpaskan jaguh badminton perseorangan China petang semalam, internet terus down tak boleh connect..hujan lebat pulak tu. Perasan sangat lately, bila hujan turun, internet terus putus (macam siaran ASTRO pulak). Tak tau la apa kaitan hujan dengan talian internet. Wayar masuk air ker? 

Sebelum mata mengantuk saya baca buku tiba2 kedengaran bunyi seperti percikan bunga api yang kuat di luar rumah. Saya intai  keluar melalui jendela bilik namun tak nampak apa2. Saya teruskan membaca.  Selang beberapa minit kemudian, bunyi yang sama kedengaran, kali ni macam sesuatu meletup dengan kuat. Saya intai ke luar lagi tapi tak nampak juga. Kemudian saya dengar kecoh kat kedai depan rumah saya, lalu saya dan anak2 terus keluar untuk mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Sebaik keluar rumah kedengaran  bunyi letupan lagi disertai dengan percikan api di tiang letrik dan selepas letupan yang kuat itu, terus blackout! kabel letrik  menyala.  Dalam kegelapan malam saya mencari nombor TNB di bil letrik namun apabila dihubungi, mesin yang jawab menyatakan yang nombor tersebut tiada dalam perkhidmatan. Ada ke macam tu? kalau dah tiada dalam perkhidmatan, kenapa nombor tersebut di cetak di bil ?

Saya terus menghubungi SS yang sewaktu itu sedang minum bersama kawan-kawannya dan SS beritahu  kebanyakan kawasan lain juga  terputus bekalan  elektrik.  Orang yang kebetulan singgah terus menghubungi pihak bomba kerana bimbang api akan merebak. Dalam pukul 1.30 pagi trak bomba tiba dan mereka pun menghubungi TNB.  Tunggu punya tunggu pihak TNB tak juga datang2 dan terpaksa la kami tidur dalam kegelapan, mujur juga hujan sebelumnya menjadikan cuaca agak sejuk. Tapi waktu tu dah hampir pukul 3. Satu lagi kemujuran ialah, baju kurung dan kemeja kerja ss telah digosok awal.

Bila bangun pagi, alhamdulillah, bekalan elektrik telah kembali pulih cuma tidak diketahui bila masanya TNB datang baiki kabel tersebut. Tapi tengahari tadi jiran saya bagitau yang pihak TNB hanya datang untuk baiki kabel selepas tengahari.  Menurut mereka (TNB), mereka tidak menerima apa2 aduan tentang kerosakan tersebut. Katanya kebetulan mereka lalu dan nampak kabel yang putus dan terus datang (tapi kalau lalu sahaja tanpa mengetahui apa yang berlaku dah tentu mereka tak nampak sebab tiang letrik bukan terletak betul2 di tepi jalan). Yang peliknya, jiran saya sendiri mendengar anggota bomba menelefon  TNB memaklumkan hal tersebut..macamana mereka boleh kata tiada aduan yang diterima? atau yang menerima aduan hanya "keep to himself"? Yang mana satu betul?  






9 comments:

Kalamhati said...

Payah kalu susah nak reach gitu..apa jadi kalu letupan boleh sbbkan kebakaran?sepatutnya TNB kena sediakan talian yg lebih dari satu utk dihubungi..huhu

Ayen... said...

Klu x bagi alasan gitu kan takut orang marah pulak,betul x?hehehe...

Ayuni said...

ader miscommunication kot....

kurus said...

huhuhu miss co nie akak ;)

Shafiq said...

Setuju dengan ayuni. Mungkin ada salah faham dalam komunikasi..

Ce'gu JAERA said...

ahahaha... kelakar lah entri cikgu ni.. dari isu line internet sampai la isu blackout, nak tergelak ja baca luahan cikgu ni... ekekekeke...

syukur lah kan, segalanya ok dah.. alhamdulillah..

ewanthology said...

tak kisah la yg mana satu betul, yg penting bekalan elektrik dah kembali seperti sedia kala

Unknown said...

tapi kalau tak de air lagi penatkan

whitecappuccino said...

@Kalamhati: setuju. perlu ada lebih dari 1 talian.
@Ayen:betul jugak tu.silap2 kena marah.
@Ayuni:mungkin juga.
@ieda: mungkin
@shafiq: yup
@Gen2merah: hehe..yela..alhamdulillah dah pulihkan?
@delarocha: betul tu
@Rozuan: bab air takder memang lagi teruk compared to takde letrik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...