November 22, 2010

KiSaH Di SeBaLiK PoKoK KaRi

Salam.. 

Korang tentu biasa makan mee kari, kari ayam, maruku dan apa2 kari la kan? Kalau daun kari tak dimasukkan dalam masakan yang kita sebut tadi tentu rasa tak menyengat kan?? Ok..Nak citer pasal pokok kari kita pulak  ni..

221120107932
Pokok kari gantian :)

221120107933Akhir tahun lepas mak mentua kita bagi anak pokok kari kat suami  suruh tanam tepi rumah. Kebetulan masa tu musim hujan jadi tak boleh nak tanam. Anak pokok tu dibiarkan tersadai kat tepi longkang belakang rumah sebab suami ingat nanti bila hujan reda dia nak tanam lah.

Nak dijadikan cerita,  hujan lebat telah menyebabkan banjir keliling rumah.  Tak pasal2 air deras telah menghanyutkan anak pokok tu entah kemana..suami cakap ,apa nak jawab kalo mak tanya? susah payah dia bagi pokok tu kita biarkan hanyut pulak.

Untuk tidak mengecikkan hati mak, suami pegi beli yang lain kat pasar tani.  Akhirnya tertanamlah juga pokok kari tu kat belakang rumah sebagai ganti yang mak bagi..kot2 dia datang tanya mana pokok tu.

Satu hari  mak datang dan tengok pokok yang dah agak besar, dia pun kata, “ Oh, ni la yang mak bagi ari tu kan? Dah besar  pun..”  

(Dalam hati , “selamat2”  dia tak tau pokok tu pokok lain) Hehehe….Kalau tak macamana nak jawab…

9 comments:

noor said...

nasib baik pokok kari tuh idupkan..kalau tak.....

whitecappuccino said...

noor>> Kalau tak, gi beli lain lagi..hehe

noor said...

kalau mati umah saya ada kak..banyak ank dia..

whitecappuccino said...

noor>> tima kasih noor..insyaAllah idup la tu, dah hijau pun daun..

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

aunty tu pokok kari fake..hehehhehee

AesyaZealous said...

haha kalau mak mertua baca blog akak cmne? haha

whitecappuccino said...

AesyaZealous>> mak mertua tak baca blog, dia tengok citer kat Astro jer..tu yang berani tulis entri ni hehe..
AFA>>> mane der fake..betul punya la.tak caya dtg tengok rmh aunty..:)

Gentleman Frog said...

Salam,

Daun karapoley org pggl.

whitecappuccino said...

wslm..
GF>> oh..yer ker? bahasa india ker tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...