November 9, 2010

Terkejut terus gelabah??

Pagi tadi aku keluar sekejap untuk pergi beli kuih.  Bila aku masuk jer simpang jalan kampung yang aku biasa lalu tiba2 aku ternampak JPJ buat road block.  Apa ke hal nya wat road block kat jalan kampung ni?  Kalau kat  main road tu biasa la kan?  Hurmmm..biarlah, dah kerja mereka!.

Kat depan aku sebuah lori kecil dah kena tahan dan disuruh ke tepi.  Bila sampai dekat pegawai JPJ tu, dia jenguk road tax aku..(aku pun lupa road tax mati bila, hidup lagi kot kalau tak mesti dia tahan aku)..hehe..
pas tu dia minta lesen.  Aku bagi je la sebab aku tahu lesen masih valid lagi sampai tahun depan.. Dia angguk maknanya boleh jalan! Nasib baik dia tak tanya mengapa aku tak pakai seatbelt..(aku lupa ..sori!!)

Lima belas minit kemudian aku memandu balik di jalan yang sama dan aku agak mereka masih di sana. Tak kisah la kan, aku bukan buat salah pun. Sebaik sampai di tempat yang sama aku nampak pegawai JPJ masih lagi berada di situ tapi  aku juga nampak sebuah kereta kancil kelabu "tertonggeng" kat dalam parit.  Beberapa orang pegawai JPJ sedang menolong pemandu kereta tersebut cuma aku tak nampak macamana keadaan dia.

Dari keadaan kereta yang terperosok dalam parit tu aku cuba buat kesimpulan yang pemandu tu mungkin terkejut sebab tiba2 terserempak dengan JPJ kat situ.. Bila dah terkejut tu terus gelabah dan mungkin nak lari cuma tak lepas terus terjun parit kot!  Tapi sayang aku tak sempat nak ambik gambar kereta tu kalau tak boleh la tayang kat sini.

"SENTIASA BERWASPADA BILA MEMANDU "

4 comments:

sembil9n said...

alahai...knp xd gmbar..... hish... better kne tahan kat rodblox dri kne tahan kat parit..hahaahah

♥ Princess ♥ said...

kehkeh...kesian...hehehe

whitecappuccino said...

hehe..betul tu..kne tahan kat parit lagi parah kot!

g0m0k9enDek said...

gelabah kot kak? hahaha.. pepehal baik jgn gelabah kan? haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...