November 29, 2010

PicTuRe Of My LiFe CoNTeST

Salam semua..

Ini merupakan kali kedua WC ditag dan kali ini WC diajak oleh Siti untuk menyertai contest ini…Ya..”Picture of My Life Contest” .



Tima kasih Siti! WC cuba memenuhi pelawaan Siti ok!

DSCF2389
Zip Forever

Sebagai memenuhi tuntutan contest ini, WC telah memilih gambar di atas..tadaaa..gambar kucing? nak masuk contest? Ok2! kucing ni bukan sebarang kucing..tapi kucing ni terlalu istimewa buat WC dan famili, sebab itulah WC menyifatkan gambar ni sebagai “Picture of My Life”

Ok..apa istimewanya gambar ni sampai WC rela meluangkan sedikit masa untuk buat entri ini? Kucing dalam gambar ini merupakan sebahagian  daripada famili WC sebelum ini. Kucing yang diberi nama “ZIP” oleh anak WC yang ke tiga sebenarnya diberi oleh keluarga anak angkat WC pada akhir tahun 2007.  Anak WC yang nombor tiga terlalu sukakan binatang terutama sekali kucing.

Minggu pertama dibawa pulang ke rumah, Zip cuba menyesuaikan diri dgn rumah kami tapi pernah juga dia lesap 2 hari..ye la anak kucing masih tak tau apa2 kan sudah tentu tak reti balik rumah lagi..Anak WC memang sedih yang amat bila Zip tak ditemui. Tapi nasib baik jiran sebelah terserempak dengan Zip dan kembalikan dia dalam keadaan basah kuyup (jatuh parit)..

Setelah Zip besar, sebagaimana insan biasa juga lah, Zip berjumpa pasangannya (entah sape) dan termengandung..hehe..tibalah hari dia nak melahirkan, dia begitu gelisah sekali dan akhirnya beranakla dia tapi malangnya anak dia keluar songsang dan tak berkesempatan melihat ibunya itu..kesian sangat kat ZIP.

Selepas itu Zip macam orang sasau..ye la anak mati kan? Satu hari dia naik atas bumbung agaknya cari anak dia tu la.. Kami tak sempat berbuat apa2 bila dia tergelincir dan jatuh dari bumbung rumah kami setinggi berapa ek? tapi tinggi la rumah dua tingkat..namun umur dia masih panjang .SELAMAT…

Zip semakin sedih agaknya masa tu bila mana peristiwa selanjutnya Zip yg  sebelum ini memang tangkas turun tangga pusing (spiral) dalam rumah kami tiba2 tergelincir dan jatuh dari tangga setinggi 3.3 meter..Bedebub"! jatuh atas lantai “tile” di depan mata WC. Senyap seketika, Kami dah saspen…selepas beberapa minit dia bergerak!.Ya Allah! ingatkan nyawa dia dah melayang!.

Tetapi peristiwa selanjutnya benar2 menyanyat hati kami bila pada suatu hari Zip sudah tak lalu makan dan hanya terbaring diam..kami dapati pipi dia bengkak dan bernanah..tak tahu kenapa.  Seolah-olah dia lekat sesuatu..tulang kot, kami cuba juga tengok kot boleh keluarkan tapi tak nampak apa pun. Keesokan harinya zip terbaring   atas simen belakang dapur dengan mata memandang kami..WC dan anak duduk kat dia sebab rasanya ajal dia dah nak sampai..

Pada petang tersebut, setelah setahun lebih bersama , Zip benar-benar meninggal kan kami. Terbaring kaku, kami, terutama WC dan anak memang menangis meratapi pemergiannya.

Sehingga kini, bila mengingati Zip, WC rasa sebak..sebab, selain menjadi kucing belaan kami yang pertama, Zip juga telah banyak berjasa. Kerana Zip jugalah, sampai saat ini WC tak mahu lagi memelihara apa2 binatang peliharaan terutama kucing sebab WC  dan anak merasa sangat terpukul dengan kehilangan Zip. Takut perkara yang sama berulang kembali…

Jadi itulah kisahnya mengapa gambar tersebut merupakan "Picture of My Life”

13 comments:

Aretikz said...

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari..
eh? ternyanyi pula sini.. hehe.. apapapun.. telah lulus syarat wajib.. gud luck ya ^_^

whitecappuccino said...

>>Aretikz: hehe..macih ek!

ieda Qema said...

akakkk.. alololo... citer menyayat hati! huhu~ citer akk cam kitalah.. kita ad kucing nama blacky masa kita umo 12 taun.. dia mati kena racun.. terus kita dah x mau bela kucing dah... huaaa

whitecappuccino said...

>>gomok: tu laa..sedih kan jadi macm tu?

Siti Safiyyah said...

waaa sedihnya cerita tu.. :(
saya kn ciknor paling tak suka kucing tau..tapi itu sebelum saya bertemu dengan Kupi. Kupilah anak kucing pertama yg saya berani nak pegang dan rindu bila tak berjumpa.
tapi sekarang dah tak dapat nak jumpa lg sebab kucing tu asalnya duduk kat kawasan sekolah saya dulu.huhu rindu..

whitecappuccino said...

>>Siti:mmg sedih terutama bila kita sendiri mengalaminya..oh yer ker..g cari balik kot2 ada lagi hehe..

Hani Nabilia said...

sedihnya..saya sgt sensitif dgn haiwan...bila ada je malang menimpa haiwan...mesti saya sedih bagai nak gila....

whitecappuccino said...

>>Daniela: betul..bnyk lgi kisah yg berkaitan haiwan yg dibela yg buat saya sedih..tq

Cempaka R.Minta said...

hii
cempaka suka kucing

Cikgu Fonik said...

Salam,

Sob sob (;_;) sedeynye, jangka hayat kucing 5 tahun je kan?

noor said...

sis..
sedihnyer....noor pun sgt suka kucing..mcm2 kenangan bila kita jg kan

Siti Safiyyah said...

eh eh kali kedua tengok baru perasan mata dia lain kaler sebelah ek?

whitecappuccino said...

>>cempaka: kucing juga paham kita kan?
>>GF: ye..sedih sgt..oh! betul ek?mmng tak tau..tau bela je..tq..
>>noor: betul tu..
>>Siti: takla..tu rasanya silau kot,,mata dia jd biru hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...