November 17, 2010

MaSiH aDa YaNg SaYanG

Kebelakangan ni aku rasa sedih yang amat bila setiap kali berada di jalanraya, seringkali aku terserempak dengan bangkai kucing yang bergelimpangan kena langgar.  Ada yang terburai perut, pecah kepala dan macam2 lagi.  Kalau boleh aku tak nak tengok tapi nak buat macamana sebab dah ternampak. 

Aku tahu mungkin bukan salah pemandu yang sengaja nak melanggar kucing2 ni kan. Kucing juga kadang2 terus saja meluru bukan reti nak melintas jalan macam juga kanak2. Cuma aku kesian tengok keadaan mereka tuh.

Teringat aku akan peristiwa beberapa tahun lalu semasa aku dan keluarga dalam perjalanan pulang ke rumah dari bandar.  Sewaktu tiba di satu tempat, kereta berderet2 tak bergerak, nak kata ada kemalangan, tak de pun.Nak kata jalan jem sebab musim perayaan pun bukan.

Akhirnya kenderaan bergerak perlahan2 di bahu jalan. Rupa2nya kereta berhenti sebab beri laluan kepada seekor kura-kura yang sedang melintas jalan..Syukur alhamdulillah, ada juga pemandu yang prihatin dengan  makhluk Allah ni..Akhirnya kura2 tersebut selamat sampai di seberang jalan..

6 comments:

Un Phat Lee said...

perrh.bagus betul orang tu en.alhamdulillah.

whitecappuccino said...

Un Phat Lee>> ye..:)

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

gile la prihatin orang tersebut..bole jd pemandu contoh gamaknye..hehehe

whitecappuccino said...

(A.F.A) kalo ada award bleh bagi hehe

Gentleman Frog said...

Salam,

Perikemanusian, nilai yang tak terbatas. Sama juga satu hari jem dua2 jalan masa nk balik tggu punya tggu knp rupanya ular saya lintas jalan melintang ekor belum nampak kepala entah mana besar ooo.

be grateful

whitecappuccino said...

GF>>> Alhamdulillah, dlm keadaan sekarang masih ada lagi insan yang sebegini kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...