Ya Allah!! Aku tak nak dah pegi Parkson Kota Bharu! serik! Serik drive kereta parking kat tingkat atas!!
Pengalaman yang mengerikan ini takkan aku lupa sampai bila2. Kalau korang dah penah memandu naik parking tingkat atas Parkson KB korang tau la macamana keadaannya.
Peristiwa berlaku ketika aku dan anak2 pergi shopping untuk raya .. Kebetulan suami pegi KL jadi aku hanya pergi bersama tiga orang anak perempuan . Sebelum ni kami biasa pergi KB Mall saja. Tapi hari tu entah apa kena anak ku tiba2 ajak ke Parkson .
Memandangkan first time ke sana dan aku pun tak tau sangat selok belok tempat tu terus mencari parking. Nampak jer signboard PARKING aku terus masuk . Mak atuk!! naik punya naik bukan main tinggi lagi, makin lama makin curam. Anak2 dah menggelabah... Maunya tak menggelabah, laluan dah la sempit, curamnya macam laluan nak naik Genting Highland! Rasa kereta macam nak terbalik kebelakang sebab curam sangat2! nasib baik kereta auto kalo manual , aku tak tau nak cakap apa daa...Aku terus redah sambil dalam hati berkata bila la nak sampai kat atas! Hanya Tuhan aje yg tau betapa aku berdebar nak pecah dada!
Alhamdulillah..sampai juga akhirnya.. anak2 pucat lesi ketakutan! Aku dapati kereta memang tak banyak parking kat situ.
Selepas dapat apa yng dicari, kami bersedia untuk ke KB Mall sebab anak2 tak sabar2 nak keluar dari tempat tu.
Cabaran kedua bermula....MISI turun dari tempat parking tuh!! Misi ini tak kurang mencabarnya sebab kalau dah naik curam, turun pun macam tu lah. Selekoh pula punya la tajam dan sempit. Anak2 sekali lagi "terbisu" ketakutan! Aku terpaksa control "kecut perut" kalo tak anak2 lagi phobia..
Ya Tuhan!! akhirnya kami selamat juga keluar dari tempat yang mengerikan tu..Anak yang ke tiga berkata," Patotlaa kereta tak banyak kat atas tu, jalan curam giler"!!!
Yang bongsu pulak mencelah, " tak se doh mari sini, SERIK DOH WEH!!"
Aku? memang aku tak akan cari pasal lagi kat situ...
12 comments:
wlupon x penah sampai.. tp rasa cm mencabar gila perjalan akak.. selamat la pemndu ni pandai drift.. hehe.. :)
Kinah>> yer Kinah, inilah pemanduan yg paling mencbr setakat nih! hahaha..tiba2 je dpt skill tu!
tak payah pergi bukit. kat situ pon dah extrem da.hahaha
ciktomyam>> aah..yg ni lebih extreme dr bukit tau! :)
bunyi macam ngeri je..kalau kat tepi laluan tu takde tembok macam ne?ngeee
ferry>> Adoiii!!! Tak dapat akak nak bayangkan kengeriannya!!
salam kenal dr saya..i follow yer
meh dtg parkson Kl hihih
noor>> slmat berkenalan jgk..hehe..ok nanti kita g..
huhu memang mengerikan pun parking situ..huhu cem tinggi giler..biasanya kalu takut nak naik buleh mintak guard dia tolong parkingkan..biasanya sy parking luar jah..ngeri sgt weh
Kalamhati>> first time g so x tau la gitu..kalo x senang citer kan?
Tak tau macam mana boleh lulus bangunan macam tu....curam nak mampus...serious!
*Anon:yer betul!
Post a Comment