November 25, 2010

MimPi GaYaT

Ngerinya mimpi aku malam tadi!  Memang lama betul  aku tak bermimpi… tiba2 aku dikunjungi mimpi yang mengerikan  atau lebih tepat lagi menggayatkan.

Dalam mimpi tu aku terpaksa berjalan kaki pergi entah kemana. Tiba2 aku sampai di satu kawasan yang bergunung di mana hanya ada satu laluan saja.

Entah kenapa dgn tak semena2 aku sampai di puncak gunung yg tak memungkin kan aku berpatah balik. Pada masa tersebut juga aku sudah pun tergantung dgn  hanya berpaut pada dahan pokok yang terjuntai di puncak gunung tu..Tingginya memang menggayatkan ..nama  lagi gunung kan? mestilah tinggi! dah la aku memang phobia dgn tempat tinggi…

Dalam keadaan cemas dan gayat tahap dewa  aku puas berfikir macamana nak melepaskan diri dari situ tapi yang nyata keadaan memang sukar. Bila saja aku pandang kebawah yang beribu kaki (aku agak laa) Makkk!! TOLONNNNG!!! (mengapa kalau nak minta tolong jerit mak, bukan ayah??)
Sampai sudahla aku tak akan lepas dari tempat tu…Tak pun, aku mesti jatuh kebawah…(ada ker jatuh ke atas?) hehehe…

Tiba2…aku terjaga! ( biasa la kan..kalau mimpi penyelesaiannya ialah, terjaga.) Alhamdulillah...LEGAAAA…
Walaupun mimpi hanya mainan tidur, namun aku takut yang amat berada dalam mimpi tu!

7 comments:

Siti said...

akak tahan lagi mimpi..saya selalu je rasa tiba2 je nak jatuh padahal takde longkang pun.tah la,terasa ada orang tarik ke bawah.hee seram~

whitecappuccino said...

>>Siti: Ohh! Betul..seram tu siti!

g0m0k9enDek said...

akak, bukan mimpi duk atas tempat tinggi nak dapat rezki ker? hahaha.. tido cuci kaki ke x nihhhh?? hahaha

whitecappuccino said...

>>>gomok cyg: hehe..kalo betul best gak tu..weh! mana leh x cuci? habis kaki sampai rambut cuci tau!

+qAsiH naDiRa+ said...

gayat ye kak~hehehehe~mimpi tinggi2 pnjat gunung ni maksud baik tau kak~dapat pekerjaan y baik2 tau~
n__n

noor said...

mimpi naik gunung..
petanda baik tuh kak..

whitecappuccino said...

>>qasih: mmg gayat walau dlm mimpi..oh..alhamdulillah tp akak dh ada keje hehe..
>> noor: minta2 la mcm tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...