Sambil melayan blog, WC juga berkesempatan
menonton Majalah 3 di TV3.
Malam ini memaparkan kisah OKU yang bekerja di kedai dobi.
Tersentuh hati WC bila melihat kegigihan mereka bekerja .
Walau dengan keadaan mereka begitu..berkerusi roda,
mereka masih mampu berusaha untuk berdikari.
Tak seperti sesetengah mereka yang sempurna tapi malas.
Memetik cerita salah seorang daripada mereka
berkata, suatu hari sewaktu mula bekerja,
datang seorang pelanggan, bila nampak keadaan dia,
pelanggan tersebut bertanya,"boleh bersih ke pakaian saya?"
Lalu dia menjawab, "Mesin saya baru, boleh bersih".
Pelanggan tersebut membalas,"tak apalah, nanti pakaian saya tak bersih".
Dia menjawab lagi, "ok, terima kasih, lain kali datang lagi".
Memang tak dinafikan sesetengah masyarakat memandang rendah
kepada kemampuan mereka, tetapi sekiranya mereka tidak diberi peluang,
bagaimana golongan OKU akan dapat membuktikan
kemampuan dan kebolehan mereka?
Mereka juga diajar dan dilatih sebelum dibenarkan
melakukan kerja2 yang diamanahkan kepada mereka.
Sekurang2nya kita patut memberi sokongan
kepada golongan ini.
Mereka juga makhluk Allah seperti kita
cuma kurang bernasib baik seperti
kita yang sempurna..
9 comments:
sampai macam tu sekali pelanggan tu tanya?
hermm..tapi kagum pada OKU tu yang sabar menghadap kerenah pelanggan.
mereka juga sama seperti kita cuma kurang sempurna d mana2 bahagian tubuh...x patut hina mereka...
sptutnya kita yg cukup lengkap fizikal ni beri sokongan pada mereka2 yg kurang upaya..
aikk...rasa mcm dah komen td..
just nak ckp..sptutnya kita memberi sokongan bantuan yang termampu pd mereka yg kurang upaya
itulah,orang yang kurang kecacatan fizikal pon masih bleh berusaha,kita yang sempurna ni pon ada yang pemalas..tak malu ke tuhan bagi kita fizikal yang lengkap tapi pemalas...
kita yang serba sempurna fizikalnya ni patut bagi sokongan pada mereka.ni tidak kadang2x sebelah mata pun tak pandang
sy cikgu pend khas..pelajar sy oku..byk yg kta ble belajar drp mrk sebenarnya..kekadang mrk ada kelebihan yg org normal xde..semangat mrk juga adakalanya lebih drp org normal..masyarakt perlu melihat mrk sbg org kelainan upaya & bkn org kurang upaya..
S ke M ke L ke XXL ke yg penting dlm mesti A++
syed pown tengok majlah 3 semlm tentang OKU,kesian tengok dier bile ade org memandang rendah kebolehan mereka...
salam,
knp mereka tak diambil bekerja di kaunter tol, cashier, kauter pertanyaan?
Post a Comment