January 28, 2011

GaNTuNG TaK BeRTaLi

Apa kes  gantung tak bertali  ni? sape pulak yang  digantung tak bertali?
Macam ni..pagi tadi saya masuk kelas cam biasa (kelas tingkatan 5 yang ke lima dari tujuh kelas). Setelah mengira bilangan pelajar yang berada dalam kelas ketika itu, saya dapati  4 orang pelajar lelaki  tiada di tempat duduk masing-masing. Pelajar perempuan bagitau yang mereka ponteng , lalu mengesyorkan kepada saya supaya lapor kepada pihak disiplin.

Saya minta buku kawalan kelas untuk ditandatangani namun diberitahu oleh ketua kelas yang buku tersebut telah hilang.  Kata mereka tentu disorok oleh pelajar yang ponteng sebab nama mereka tercatat "ponteng" dalam buku tersebut. Oh ya,  buku kawalan kelas ini perlu diserah kepada Unit Disiplin untuk pemantauan pada akhir setiap bulan. Dari buku ini guru dapat memantau pelajar yang ponteng atau sebagainya kerana setiap guru yang masuk akan menandatangani buku ini.

Saya teruskan mengajar seperti biasa.  Selepas hampir satu jam, kelihatan kelibat beberapa orang pelajar di luar kelas tapi saya tak hiraukan. Saya tunggu juga kot2 dorang masuk kelas tapi tak jugak. Kemudian muncul seorang budak terjenguk2 kat tingkap, Pelajar perempuan bagitau saya yang tentu  budak tersebut disuruh oleh yang ponteng supaya mengambil beg mereka yg ditinggalkan dalam kelas.

Sebaik habis kelas, 4 pelajar perempuan mengiringi saya sambil membawa 4 beg pelajar yang ponteng tadi untuk diserahkan kepada unit disiplin. Selang beberapa minit, mereka yang ponteng tadi datang untuk menuntut beg mereka. Kebetulan  guru disiplin berada di situ lalu saya serahkan mereka kepada beliau.

Tengahari tadi guru disiplin memaklumkan kepada saya yang mereka berempat akan digantung persekolahan selama 2 minggu selepas peperiksaan TOV nanti iaitu pada 22 Februari. Kan dah kena gantung. Tu la sapa suruh ponteng?? Kalau duduk dalam kelas elok2 kan tak de masalah. Lagipun ini bukan kesalahan mereka yg pertama. Padan la mereka dikenakan hukuman gantung sekolah.  Tak pasal2 awal tahun dah kena tindakan gantung.

8 comments:

Anonymous said...

ola ola...wc nie cikgu..
saya mmg salut kat cikgu..huhu...^^

apdm said...

salam

bukan semua orang boleh menjadi guru.....saya memang tabik la kepada mereka yang bergelar guru..

payah nak jaga budak sekarang.....saya memang fail la kalau jadi guru =)

monalea said...

apalah.pergi sekolah tapi tak masuk kelas.mak bapak harap je anak memang belajar kat sekolah. nil dah kena gantung.sendirilah yg rugi

So Shy Lady (SSL) said...

apa nk jadi la bdk2 ni...hancur.
marah lbih2 kang cikgu pulak yg kena! susah jadi cikgu nih..

noor said...

lama gak kena gntung tuh..wat rugi diri sdiri jerkk...

Hanis MY said...

kak nor sy pernah ada pengalaman praktikal, sepatutnya jadi cikgu tapi sy postpone dan sambung master... mmg tak faham dgn budak2 nakal ni, semoga mereka insaflah dan sedar bahawa pentingnya pelajaran tu huhu...

Idah said...

itulah anak2 ni...ibubapa kena pantau selalu siapa yg berkawan dgn anak masing2..Salah pilih kwn boleh merana badan.

Hanis Azla said...

harap2 jad tauladan utk murid2 lain juga utk tidak ambil ringan peraturan sekolah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...