January 3, 2011

MuLanYa Di SiNi..

Salam..
Dengan bermulanya sesi persekolahan  hari ini, bermakna rutin pun bermula.  Alhamdulillah hari pertama berjalan dengan lancar.  Bagi pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat , minggu ini merupakan minggu orientasi bagi mereka. Namun bagi Tingkatan Dua, Tiga dan Lima, sesi pembelajaran sudahpun bermula. 

pelajar tingkatan 5 tahun lepas


Tahun ni,  seorang lagi anak (no 3) akan menduduki SPM (tapi bukan di sekolah WC) bermakna, seperti biasa bila kelas tambahan petang bermula, WC dan suami akan bergilir ambik anak waktu petang selepas kelas tambahan. Yang tak tahannya bila sampai rumah pukul 3.30, pukul 4.30/5.00, kena pergi ambik dia, masa tu kadang2 mata tak boleh nak celik tapi apa nak buat..begitula hari2 sehingga menjelang peperiksaan.

Namun bila kerja banyak WC tunggu kat sekolah sampai petang dan balik selepas dia habis kelas . WC sendiri dalam seminggu kena juga mengajar kelas tambahan petang..begitu juga kelas malam. biasanya sebaik saja  lepas cuti Tahun Baru Cina, kelas tambahan PMR dan SPM pun bermula.. Sekolah WC bukan sekolah elit atau premier jadi kami kena usaha lebih sebab mereka terlalu bergantung pada guru. Kalau guru "slow", slow lah mereka..Namun segala penat lelah berbaloi bila melihat kejayaan mereka apabila keputusan diumumkan..

16 comments:

azidee said...

kena tawakkal tuh my :)
demi masa depan anak tu :)

whitecappuccino said...

*D: yer D..insyaallah..:)

Kalamhati said...

pengorbanan seorang ibu a.k.a cikgu..
insyaAllah akan mendapat hasil yg menggembirakan nnt..=)

whitecappuccino said...

*Kalamhati: aminnn..:)

Unknown said...

cayokk cikgu!!

Anonymous said...

selamat kembali ke skolah cikgu WC....hehhe

noor said...

cik nor slmt mengajar yer...
kerja cikgu sungguh mulia..mendidik sampai berjaya
teringat sajak dulu...
"guru..kau ibarat lilin yg sanggup membakar diri sdiri demi untuk menerangi org lain"

Wan Gerrard said...

selamat kembali ke sekolah =P

HaN WarreN said...

hidup cikguuu dan akak heheheh :)

Siti Safiyyah said...

takpe, susah skang senang kemudian..hehe, saya dulu kan ciknor macamni, penat toksah cakaplah..itu nasib baik ciknor dtg jemput pukul4-5, macam saya dulu kadang2 sampai pukul6 baru mak sampai..sedih woo..tapi itulah pengorbanan..hehe

azwa amani said...

WC...terasa rindu plka mase zaman sekolah dulu tgok pic tuuu

whitecappuccino said...

*Ferry,MrIx,noor,wanGerrard ,Hantwo: timaksih ya..
*Siti:yer..dah bertaun2 jadi drebar siti hehe..sampai terlelap dlm keta pun ada..sib bek tak terlelap masa drive jer :)..betul tu siti..
:azawa: yer seronok zaman skolah kan?

Cikgu Fonik said...

salam all,

WC owh sudah lebih 17 tahunlah wc mendirikan rumah dan tangga? igt baru kahwin anak masih d sekolah rendah (*o*)

TOO MUCH TV IS HAZARDOUS

whitecappuccino said...

*GF: wslm... yer, 3 anak sekolah menengah..2 kat kolej..takder dah sekolah rendah..

Sham said...

bagi saya lebih seronok mengajar pelajar2 yang 'slow' daripada pelajar2 'elit'...

whitecappuccino said...

*Sham:Setuju dgn Sham, kepuasan itu lebih kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...