January 25, 2011

ResToRaN TeRTInGGi DuNiA Di DuBaiss

Petikan dari UTUSAN MALAYSIA, Selasa,25 Januari 2011.

Sumber: google

DUBAI, 24 Jan — Dubai menempa sejarah lagi apabila mencatat rekod memiliki restoran tertinggi dunia yang beroperasi di Burj Khalifa, bangunan pencakar langit tertinggi di dunia.

Dinamakan “At.mosphere”, restoran itu terletak di aras 122 di binaan tertinggi yang pernah didirikan di atas muka bumi, yang menakluki ruang angkasa Dubai.

Pada ketinggian 442 meter, restoran itu terletak hanya dua aras di bawah dek tinjauan luar Burj Khalifa iaitu “At the Top”.
At.mosphere boleh memuatkan 210 tetamu dan mempunyai ruang legar yang luas dan mewah, dewan makan utama, bilik makan persendirian dan ruang pameran memasak.

“Burj Khalifa berjaya menjadi satu keajaiban kehidupan. Pengwujudan At.mosphere memberikan satu pengalaman menikmati hidangan tiada tolok bandingnya,” Mohamed Alabbar, Pengerusi Emaar Properties’ dalam satu kenyataan.

Emaar adalah pemaju bangunan 828 meter Burj Khalifa yang menempatkan pelbagai kemudahan perniagaan, dan ruang bersantai serta kemudahan kediaman dan penginapan Armani Hotel Dubai dan Armani Residences. — BERNAMA

p/s: Yang pastinya, kalau berada di bangunan tinggi2 begini buat saya gayat. Mesti kejang kaki saya! Satu lagi, agaknya berapa la kos makan kat sini ya?

6 comments:

cek chun said...

mesti mahal gila dining kat sini :)

Akmall Razlan said...

hurm...apalah agaknya diorng dapat untuk dpt nama dalam book world of records?..duit banyak ke?..erm..aku tak tahu...tpi yang pasti...ia adalah salah satu daripada projek yang berjaya dari Dubai...tetapi..malangnya ada je projek yang GAGAL dilaksanakan oleh dubai..kesian...muhuhu

I want of your followers...

Shafiq said...

Pergh! Tinggi tu! Berapa la kena bayar kalau nak makan kat situ? Huhu.

whitecappuccino said...

@cek chun:Tak dapat disangkal lagi tu.
@akmall:banyak duit, boleh buat apa saja tapi kalau semua berjaya memang hebat kan?

whitecappuccino said...

@Syafiq: a'ah..wonder jugak..mesti $$$$$ kan?

Syafiq Rosli said...

tingginye..reka bentuk dia pn cantik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...