January 6, 2011

HuJaN Oh HuJaN,..


Salam..
Hujan yang turun sejak kelmarin belum menunjukkan tanda2 akan berhenti. Sekejap reda dan kadang2 lebat mencurah-curah. Kawasan sekolah juga telah digenangi air tapi tak lah sampai banjir. Kebanyakan pelajar didapati memakai selipar dan bukannya kasut sekolah. Nak buat macamana sebab kelmarin pun hujan lebat tentu kasut mereka habis basah. Kalau mereka pakai hari ini pun, sudah pasti basah kuyup sebab mereka terpaksa mengharung air yang melimpah di jalanan dan kawasan sekolah.

gambar hiasan
Hari ini juga pelajar tingkatan Satu dan Empat telah selesai orientasi dan mula masuk ke kelas masing2.  Kesian juga tengok pelajar2 tingkatan Satu terpaksa mencari dan mengusung meja dan kerusi yang tidak mencukupi untuk dibawa ke kelas mereka. Ada yang dah basah pun nampaknya..Nasib baik juga esok cuti.

titik-titik hujan tadi..
Kalau pada tahun2 lepas nak tergelak juga melihat telatah budak2 tingkatan Satu ni, terutama budak2 yang berada di kelas yang terakhir. Kebanyakannya budak kampung dan juga ramai yang masih tidak boleh membaca.  Kalau hari hujan lebat biasanya kawasan sekolah akan dipenuhi air terutamanya dekat longkang atau parit besar. Pada waktu inilah mereka ni akan keluar dari kelas terutamanya kalau cikgu terlewat masuk, sah! mereka akan lenyap dari kelas. Bila dicari2 rupanya mereka sedang  menangkap ikan dekat parit di belakang kelas mereka. Basah kuyup tak usah cerita la..selamba jer..Hmmmm perangai sekolah rendah masih terbawa2 ke sekolah menengah..


12 comments:

Wan Gerrard said...

selalu gak main hujan lagi masa form 1 =P
musim hujan, musim sejuk

Rozuan Ismail said...

hujan rahmatpermulaan yg baik untuk pelajar..jgn tdo dlm kelas dh la ye

sissyira said...

salam

syira adalah salah seorang pemain hujan yang tegar.. jangan ada kilat dan guruh sudah,,kompom tak larinya :D

sissyira said...

salam

syira adalah pemain hujan yang tegar, jangan ada kilat dan guruh je, memang layan sampai demam la :D

noor said...

laaaa g tangkap ikan rupanya
nor pun suka cik nor tangkap ikan gapi kat longkang hihihi

Nadhirah-chan said...

haha comel je tangkap ikan time class . teringin lak nak lawat skolah cikgu . cantik landskap :)

Kalamhati said...

yang sekolah rendah ni lagi..hehe tengok2 tgh mengharung air lopak hujan kat padang..habis la kena libas ngan mak ayah dia balik nnt..hehe

yott said...

teringat nastolgia main hujan...

azidee said...

hmmm
tringat lagu hujan
nyanyian aruah sudir
besh :)

whitecappuccino said...

@Wan Gerard:hehe..tentu seronok.
@Rozuan:aah..time ujan best tdo.
@Sis:wslm wah!lasak la ni yer
@noor: ada ikan gapi dlm longkang?
@nadhirah: tq..jemput2!
@Kalamhati:bdk2 ni pun sama la
@yot:seronok kan?
@Azidee: aah betul tu.

g0m0k9enDek said...

akak.. ayat yg terakhir tu mmg tepat... kadang2 tensen juga.... haha!

Siti Safiyyah said...

sebut pasal hujan dan sekolah teringat kat pengalaman dulu..

penah skali tu hujan lebat, lepas tu bdk2 lain sume pakat redah je ramai2 tp saya je yg tak..then takut duk sorg2 kat sekolah terpakse gak la redah hujan pegi kt bustop..mmg pengalaman ar..kasut baju basah takyah cakap la..hehe, sabar jela nak blaja pnye pasal.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...