January 4, 2011

TeRKeNaNg ZaMaN ITu..

Salam..
Cerita pasal zaman persekolahan, WC  teringat pula zaman2 persekolahan dahulu sewaktu masih berada di sekolah rendah. Perbezaan terlalu banyak  apatah lagi kalau nak dibandingkan zaman persekolahan tahun 70an dengan tahun milennium ni. Contohnya anak2  zaman sekarang kebanyakannya berulang-alik ke sekolah dihantar dan dijemput dengan kereta. Paling kurang pun dengan bas atau motosikal. 

WC memulakan persekolahan dari darjah 1 hingga 4 di Sabah. Selepas balik ke Semenanjung, WC sambung belajar di sekolah yg terletak lebihkurang 3 km dari rumah. Pada zaman tu, WC berulang-alik ke sekolah dengan berjalan kaki.  Yang WC ingat, WC ke sekolah bersama 2 orang sepupu WC yang muda sedikit dari WC. Dari rumah WC akan melalui sawah padi dan sungai barulah sampai di jalan besar.
pinjam google

Bila musim padi tengah membesar sehinggalah padi masak, kami akan berjalan di atas batas2 padi dan di celah2 pokok padi tersebut. Biasanya pada waktu pagi pokok2 padi masih diseliputi embun, tentunya baju kami akan basah. Kami juga terpaksa pakai selipar dan menjinjing kasut sekolah kalau tidak kasut kami akan basah dan kotor terkena embun dan selut/lumpur.

Apabila hampir sampai ke jalan besar ( 1/3 perjalanan) kami akan berhenti di tepi sungai di bawah jambatan untuk basuh kaki dan pakai kasut. Selipar kami akan tinggalkan di bawah jambatan dan akan diambil kembali dalam perjalanan pulang. 2 km perjalanan  diteruskan melalui tepi jalanraya baru sampai ke sekolah. Begitulah hari-hari..Bayangkan kalau hari hujan bagaimana kami berjalan dengan payung di atas batas padi tersebut...

Waktu perjalanan balik agak menyeronokkan walaupun kadang2 terpaksa berjalan di bawah panas terik matahari. Sebab apa seronok? Sebab, sambil berjalan dapat petik buah kemunting yang masak  dari pokok2 kemunting yang banyak tumbuh di tepi jalan. Sambil berjalan sambil makan. Sungguh menyeronokkan!

Bila dikenang2 rupanya zaman itu telah lama berlalu, dan salah seorang sepupu WC yang sama2 ke sekolah telah pun kembali ke rahmatullah pada tahun lepas (Al Fatihah).  Yang tinggal hanya kenangan. Namun hingga waktu ini WC masih lagi melalui jalan yang sama untuk menghantar anak ke rumah Mak. Cuma bezanya jalan di tepi sungai telah pun berturap tetapi sawah padi, jambatan dan sungai masih ada.

13 comments:

Siti Safiyyah said...

wahh sawah padi tu tetap ade walaupun dah lebih 30 tahun kot masa berlalu..ciknor kene cite ni kat anak2 ciknor..hehe

whitecappuccino said...

*Siti: betul tu siti..dah citer kat dorang..

Anonymous said...

bila baca tu terbayang lak dalam drama2 melayu, murid2 jalan atas batas sawah tu....

Anonymous said...

satu pengalaman yg berharga...x bleh beli kat mana2..budak2 skrg serba serbi dah ada, duit belanja skolah sampai 3 4 hengget...hehe

apdm said...

salam

selamat malam

dulu takut p bendang sebab takut lintah, tapi pergi juga, dan pengalaman itu amat berharga :D

aZIEra itu aKu.... said...

sy dulu g skolah naik basikal je...kdg2 jln kaki...adk2 sy sekarang g skolah mak ayh yg hantar...kdg2 jeles...:)

whitecappuccino said...

*Mr Ix:cam dlm drama ya..
*Azhar: betul..skrg mana ada lagi kan.
*sissyira:wslm..yer..lintah, pacat memang menggelikan..tapi semua tu pengalaman.
*aziera: nak buat mcamana zaman dorsng zaman lain kn..

Shaofie said...

jemput join segmen dekat blog. mudah je. hehehe.

http://shaofie.blogspot.com/2011/01/segmen-blog-aku-bukan-privasi-lagi-jom.html

aZIEra itu aKu.... said...

2 la nk buat mcm mana peralihan zaman....terima je la

noor said...

cik nor..bestnyer jln2 ats sawah..nor tak penah merasa
nostalgia btl

HaN WarreN said...

memang nostalgia la cerita akak ni...al fatihah buat arwah sepupu

Cikgu Fonik said...

salam,

(T.T) sob sob, sya sek ren zaman akhir 80an. memori silam buatkan saya emosi sob sob.

WHAT'S ROCK

whitecappuccino said...

*Aziere: betul tu..
*noor:ooo..org bandar yer?
*hantwo:yer Han..
*GF:wslm, yer ker..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...