November 28, 2010

ChaNNeL AsTRo BoLeH BeRTuKaR SeNDiRi KeR?

Salam..

WC nak berkongsi peristiwa yang pernah berlaku beberapa tahun yang lalu semasa WC masih tinggal menyewa di rumah kampung. Pada suatu petang, WC dan suami sedang menonton TV, cuma lupa entah cerita apa kat channel ASTRO.

Sedang asyik menonton, tiba2 channel tu bertukar ke channel lain...betul2 depan mata kami. Nombor channel pun bertukar tau.. Suami pandang WC, dia tanya kenapa tukar? WC pulak kata, "bila plak saya tukar?". Suami kemudian tanya pulak anak lelaki...Dia terpinga2 keluar dari bilik dan bagitau , bila masa pulak dia pegang remote..lagipun dia duk dalam bilik..Remote ada elok je terletak kat meja.

Kami rasa hairan dan tertanya2 la jugak macamana perkara tu boleh berlaku..Suami berpendapat agaknya ada kesilapan kat tempat ASTRO tu kot.. Sampai sekarang rasa pelik..pernah ke jadi macam tu?

3 comments:

Siti Safiyyah said...

uikkk pelik binti ajaib tu ciknor..teknikal problem kot??

oh ya, saya datang nak jemput ciknor join satu contest ni..hadiah nya ngam habis..hehe :)

http://lurvemyblog.blogspot.com/2010/11/picture-of-my-life-contest.html

whitecappuccino said...

>>Siti..mungkin la kot tp sekali tu je la..sbelum n sampai skrg tak penah2 lagi..
Oh! ye ke? nnt ciknor tgk

Anonymous said...

Ye btul.. Sy pun dah alami beberapa kali perkara yg sama.. Kdg2 tertukar sendiri kdg2 termati sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...