Semalam geram, hari ni tak faham pulak! kenapa ya? Hurmmm...sebenarnya aku memang benar-benar tak faham dengan sikap dan kerenah segelintir manusia yang hanya nampak atau nak cari kesalahan dan kekurangan orang saja . Mereka ni hanya tahu mengkritik dan 'condemn' orang tapi tak sedar yang empunya diri tu sebenarnya sengaja mendedahkan kekurangan diri sendiri.
Bukan nak mengata tapi inilah hakikatnya, orang sebegini mulutnya terlalu 'laser' nasib baik tak tembus dinding.! Maksud aku, laser dan bercakap berdegar2 seolah-olah dialah yang paling hebat . Bila bercakap 'volume' pulak boleh didengar sampai 5 kilometer! Tak reti nak control lebih2 lagi kalau pompuan yang punya suara. Eh! malu la sikit..
Memang betul, adakalanya kita tak puashati tentang sesuatu hal kadang tak dapat nak kawal kemarahan tapi tak bolehkah kita fikir dulu sejenak sebelum manghamburkan kata-kata sinis dan pedas yang mungkin akan menyinggung perasaan orang yang mendengar? Kalau sekali sekala lain la..ini dah jadi macam habit, lama kelamaan orang akan menyampah..RENUNG-RENUNGKAN!!
p/s: peringatan untuk diri aku jugak.... muhasabah diri!
2 comments:
salam kaknor.. bagi gomok kan, kalo nak menegur xder salahnya kan? asalkan teguran tu untuk membantu kita jadi lebih baik dan dilakukan pula dgn penuh berhemah... tapi kalo saja nak kenakan org, baik diam sahaja... hehe...
yer.. muhasabah diri tuk gomokpendek jug! heh..
wslm gomok!! betol tu! kak nor setuju. kan tegur menegur utk kebaikan amat dituntut..
Post a Comment