November 28, 2010

VeGeRoNi CaRBoNaRa FoR DiNNeR

Salam.

Petang tadi sebaik sahaja pulang dari hospital menziarah sedara yang sakit, WC terus bergegas ke dapur. Semenjak dua menjak cuti sekolah ni WC rajin banyak..bagus sangat la daripada malas banyak kan?? Haaa..WC pun teringat resepi pasta yg kawan ajar baru ni so teringin la nak cuba..

VEGERONI CARBONARA..bunyi macam rona roni makaroni jer tak? WC guna SPIRAL VEGERONI sebab ada anak yg tak suka makaroni..dia kata "GELI!!" ada ker macam tu? Akhirnya inilah hasilnya.

Vegeroni

Sekejap jer dah lesap semua dilahap oleh anak2 tapi ayah anak2 tak makan pun sebab roni2 atau spagheti bukan selera dia..Dia habiskan nasi dengan ikan rebus cicah sambal!

Nak buat benda ni senang saja:
Bahan2 nya:

200 gram spiral vegeroni yg belum di rebus
400 gram daging kisar
1 tin sos carbonara
4 batang sosej daging (ayam pun ok)
sedikit minyak zaitun
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
brokoli
jagung dalam tin ( tak letak pun)
sedikit garam
sesudu kecil gula
sedikit oregano
sedikit serbuk lada hitam

1. Rebus pasta hingga lembut.
2. Cincang bawang putih dan potong dadu bawang besar.
3. Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih putih dan bawang besar.
4. Kemudian masukkan daging kisar. Tambah garam dan gula. Biarkan masak.
5. Sementara tu goreng sosej sekejap, angkat dan hiris nipis.
6. Bila daging dah masak, masukkan sosej, jagung dan brokoli kemudian masukkan sos carbonara.
7. Masukkan vegeroni yang telah ditoskan. Gaul hingga mesra. masukkan oregano dan serbuk 
lada hitam.
8. Boleh makan!

Ok...sapa suka bleh try..tak suka tak payah!

6 comments:

Cikgu Fonik said...

Salam,

Pasta, sedapnya untung suami.

teringat iklan Mak Piah yg satu keluarga minat pasta tu. pembohong punya Mak Piah.

noor said...

sdpnyer kak tgh lpr ni lom bfast lg huhuhuh

whitecappuccino said...

>>noor: yg ni smlm punyer..tp bleh wat lagi..sng sesangat..
>>GF:Oh ye ke? Tp suami tak mkn pasta2 ni..tekak melayu mkn nasi jer..anak2 mmng suka.

ieda Qema said...

akakkkk!! org sukaaaa! adusss.. nak mai umah akk lah camnihhh! haha

whitecappuccino said...

>>gomok: Boleh gomok..nnti satu masa kalu kebetulan jumpa akak buat ni untuk gomok ok???

HaN WarreN said...

sya suka makan tapi masalahnya saya malas masak hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...